JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, March 14, 2013

Pierre Andre Jual Nama Ustaz Azhar Idrus?

Filemnya belum pun siap, namun karya terbaru arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang mencetuskan sikit kontroversi.  Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon dalam filem terbitan MIG Production (MIG) itu.
Apa yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan.
Menjelaskan situasi tersebut, Pierre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini.
Tetapi sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini.
Bercakap kepada Sinar Harian semalam, Pierre menjelaskan dia bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya dia memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut.
Menurutnya, ustaz Azhar nampak senang dengan jalan cerita bagi filem yang dikategorikan sebagai filem dakwa itu.
Bagaimanapun, sekiranya ustaz tidak dapat menerima tawaran tersebut, Pierre memberitahu dia sudah mempunya perancangan lain dan akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara berkenaan.
Difahamkan penggambaran filem ini sudah pun berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama.

Sumber : Malaysian Digest

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !