JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Jawapan Wanita Solat Atas Jejantas

Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu. 

"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.

"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/

Thursday, April 4, 2013

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan



1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


KREDIT

JOM JANA WANG SECARA ONLINE !

Sunday, March 17, 2013

FAM Benar Daftar 3 Pemain Tempatan

TIGA pemain tempatan dan dua import boleh didaftarkan oleh setiap pasukan menjelang tingkap perpindahan pemain yang akan bermula pada 8 hingga 22 April nanti, lapor NORASHIKIN LEMAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, musim ini FAM membuat keputusan membenarkan pertukaran pemain tempatan berbanding tahun sebelumnya.
“Namun, peraturannya berbeza dengan peraturan pertukaran pemain pada awal musim.

“Tiada tebus kontrak dibenarkan dan pemain hanya boleh berpindah hanya dengan persetujuan pihak pengurusan,” katanya ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan kali ke-15 di Kelana Jaya, semalam.

Sebelum ini, melalui jendela perpindahan pemain pertengahan musim, hanya pemain baru (tempatan) dan dua import sahaja yang dibenarkan.
Pada masa sama, masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana pasukan, Hamidin turut menyeru pihak pengurusan membuat permohonan pendaftaran pemain sebelum 8 April bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, March 14, 2013

Pierre Andre Jual Nama Ustaz Azhar Idrus?

Filemnya belum pun siap, namun karya terbaru arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang mencetuskan sikit kontroversi.  Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon dalam filem terbitan MIG Production (MIG) itu.
Apa yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan.
Menjelaskan situasi tersebut, Pierre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini.
Tetapi sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini.
Bercakap kepada Sinar Harian semalam, Pierre menjelaskan dia bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya dia memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut.
Menurutnya, ustaz Azhar nampak senang dengan jalan cerita bagi filem yang dikategorikan sebagai filem dakwa itu.
Bagaimanapun, sekiranya ustaz tidak dapat menerima tawaran tersebut, Pierre memberitahu dia sudah mempunya perancangan lain dan akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara berkenaan.
Difahamkan penggambaran filem ini sudah pun berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama.

Sumber : Malaysian Digest

Tuesday, March 12, 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Mac 2013

Jawatan :

1. Penolong Akauntan

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang PAK/1/2013 yang boleh didapati secara percuma di laman sesawang http://www.rac.gov.my atau di pejabat seperti alamat di bawah;-

Perbadanan Aset Keretapi
No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1,
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup 22 Mac 2013

Wednesday, March 6, 2013

Geran RM 1000 untuk Peniaga Secara Online

Dana SKMM RM 1000 untuk membantu peniaga yang mempunyai laman web dan domain sendiri.

Dana / geran ini adalah bertujuan membantu peniaga yang menggunakan internet sebagai medium jualan barangan mereka. Dana ini tidak terhad untuk perbelanjaan internet sahaja, malah boloeh digunakan untuk menambah modal tetap pernigaan seperti komputer dan latihan kemahiran kepada diri sendiri.

Berikut ialah syarat-syaratnya :

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Kepada peniaga yang tiada domain sendiri seperti kmfsc.com.my, jangan bimbang, anda boleh mendaftar di getmybusinessonline.com.my (Kerjasama Kerajaan & Syarikat Swasta). Dapatkan website dengan  sambungan seperti .com.my atau net.my dengan hanya RM 23 setahun di situ. Template website dan cara mudah membina laman web secara write, click, drag & drop juga disediakan.

Gembar-gemburkan perkara ini kepada kawan-kawan semua. 

Nota :
Geran RM 1000 untuk Peniaga Secara Online ini mempunyai dana terhad RM 50 juta sahaja (50,000 pengusaha ?) hingga akhir tahun ini. Domain FREE setahun @ getmybusinessonline.com.my untuk 20,000 pendaftar website terawal telah pun habis.
Cepat-cepat ya memohon Geran RM 1000 SKMM ini, sebelum menggigit jari.

Untuk mendaftar, sila ke SINI

.......................................................

Tidak lupa Rebat Telefon Pintar, daftar di SINI
BR1M 2.0, daftar di SINI

Friday, January 14, 2011

Keajaiban Air, Subhanallah....


Air pun ada bentuk2 tersendiri mengikut percakapan kita, jika yang keluar itu baik maka akan terbentuk seperti kristal, tapi jika yang tak elok tu keluar la wajah yang menggerunkan....

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !