JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

FAM Benar Daftar 3 Pemain Tempatan

TIGA pemain tempatan dan dua import boleh didaftarkan oleh setiap pasukan menjelang tingkap perpindahan pemain yang akan bermula pada 8 hingga 22 April nanti, lapor NORASHIKIN LEMAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, musim ini FAM membuat keputusan membenarkan pertukaran pemain tempatan berbanding tahun sebelumnya.
“Namun, peraturannya berbeza dengan peraturan pertukaran pemain pada awal musim.

“Tiada tebus kontrak dibenarkan dan pemain hanya boleh berpindah hanya dengan persetujuan pihak pengurusan,” katanya ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan kali ke-15 di Kelana Jaya, semalam.

Sebelum ini, melalui jendela perpindahan pemain pertengahan musim, hanya pemain baru (tempatan) dan dua import sahaja yang dibenarkan.
Pada masa sama, masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana pasukan, Hamidin turut menyeru pihak pengurusan membuat permohonan pendaftaran pemain sebelum 8 April bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, March 14, 2013

Wan Zack dan Nazirul Naim sah milik FC Ryukyu

Wan Zack Haikal

Seperti yang ramai tahu, FC Ryukyu dari Liga Divisyen 3 Jepun memang telah lama mengintai kelibat pemain-pemain muda negara kendalian Ong Kim Swee. Terutama Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang kerap dikatakan akan ke kelab Jepun itu.

Namun akhirnya semua itu terjawab setelah FC Ryukyu melalui wakilnya yang juga pengurus besar FC Ryukyu, Kaneko Tatsuhito yang datang ke Malaysia dalam satu lawatan kerja telah memuktamadkan perpindahan ini dengan perbincangan bersama persatuan bola sepak malaysia (FAM).

Di mana, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim bin Che Hashim telah dipilih oleh FC Ryukyu. Perkara ini turut di sahkan oleh Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee. 

Saturday, March 9, 2013

Profil : Azraai Khor Abdullah




Nama : Mohd Azraai Khor Bin Abdullah.[Khor Sek Leng]

Asal : Alor Setar, Kedah.
Tarikh lahir : 25.10.1952
Kerier selaku pemain :
• Mula bermain bola di Padang Hospital Rangers,Alor Semadom.
• Wakil Kedah dalam Piala Burnley pada 1968 di Melaka
• Wakil Kedah 1969 di Negeri Sembilan.
• Wakil Kedah 1970 di Sarawak.
• Wakil team senior Kedah pada 1970 hingga 1980.
• Wakil pasukan kebangsaan pada 1975-1978.
• Piala Raja Thai 1975.
• Pra Olimpik di Jakarta pada 1976.
• Piala Presiden Park Korea 1976.
• Piala Jakarta Raya 1976.
• Piala Raja Thai 1976.
• Piala Asia di Iran 1976.
• Pesta Bola Merdeka 1976.
• Piala Raja Thai 1977.
• Piala Presiden Park Korea 1978.
• Piala Jakarta Raya 1978.
• Asian Games Bangkok 1978.

Kerier selaku jurulatih :
• Jadi coach Piala Presiden Kedah pada 1990,1991.
• Penolong jurulatih bersama Robert Alberts 1992,1993.
• Jurulatih Piala Presiden 1994,1998.
• Jurulatih TNB Kelantan 2002.
• Jurulatih Kedah untuk Piala Malaysia 2004.
• Jurulatih Kedah 2005,2006,2007,2008,2009.
• Jurulatih Harimau Muda 2010.
• Jurulatih Negeri Sembilan 2011,2012.
• Jurulatih Perak 2013.
Selain dari pasukan diatas coach Azraai juga pernah membimbing pasukan LLN & TNB, Kedah Chinese & Piala Emas Raja-raja Kedah Darul Aman.

Kejayaan sebagai jurulatih :
• Kedah juara kali pertama Piala Presiden 1991.
• Kedah naib juara Piala Malaysia 2004.
• Kedah Juara Liga Perdana 2006.
• Kedah Juara Liga Super 2007.
• Kedah Juara Piala F A 2007.
• Kedah Juara Piala Malaysia 2007.
• Kedah Juara Liga Super 2008.
• Kedah Juara Piala F A 2008.
• Kedah Juara Piala Malaysia 2008.
• Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011.
• Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012.
• Merangkul anugerah ‘Malaysia Favourite Coach’ 2006/2007
• Merangkul anugerah ‘Malaysia Best Coach’ 2007/2008

Selain dari semua kejayaan ini, INGATLAH KITA, coach kita pernah merekodkan kemaraan pasukan Kedah dengan menempatkan Kedah ke saingan SUKU AKHIR AFC 2008 ,dua langkah lagi menghampiri saingan AKHIR, dengan hanya berbekalkan 100% tonggak tempatan !

Pada ketika itu juga RANKING KEDAH melonjak ke kedudukan tertinggi dikalangan kelab-kelab dunia malah memintas kedudukan kelab-kelab ternama eropah seperti ASTON VILLA , AJAX AMSTERDAM, MANCHESTER CITY & AS MONACO dgn menduduki TANGGA KE 111 DUNIA dalam senarai yg dikeluarkan oleh FIFA sendiri menghampiri bekas kelab Robin v Persie ,FEYENOORD !

Dan Jangan dilupa sesekali, coach Azraai jua merupakan Jurulatih Pertama dalam SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA yang Berjaya membawa KEJUARAAN DOUBLE TREBLE DALAM 2 MUSIM BERTURUT-TURUT dgn membolot semua kejuaraan utama yg dipertandingkan , PIALA MALAYSIA+PIALA FA+LIGA SUPER dan memungkin kejayaan hattrick sepanjang zaman jika kerana tidak dgn undang-undang kebelakang FAM ketika itu.
-iQ

Namun ITULAH REKOD TERULUNG UNTUK SEORANG JURULATIH BERNAMA AZRAAI KHOR ABDULLAH !

THE LEGENDS !


Sumber : Arkib Dato' Paduka Ahmad Basri Akil

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !