Bulan Rejab antara bulan yang ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan dan fadilat
Namun terdapat banyak persoalan yang dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan dan kekeliruan amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat
Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan di internet yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang menanti jika berpuasa sunat di bulan Rejab yang didakwa berpandukan hadith
Antara contohnya seperti berikut
Ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi
Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai lagi
Namun ada pendapat dan pandangan berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu)
Penulis sempat menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang membincangkan tentang kelebihan puasa Rejab. Menurut beliau ganjaran pahala seperti yang dinyatakan itu bukanya dari hadis yang sahih. Menurutnya lagi kebanyakan hadis itu antara Maudhuk (Palsu) dan Dhaif
Beliau menjelaskan Maudhuk adalah hadis rekaan dan haram diamalkan manakala Dhaif boleh beramal tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah
Menurut penerangan beliau lagi, jikalau mengerjakan puasa Rejab maka akan memperoleh pahala sunat, bagaimanapun jangan pula kerana tertarik dengan ganjaran pahala yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan oleh hadis tidak sahih
Antara jawapan kepada persoalan mengenai kelebihan puasa Rejab yang penulis peroleh setelah menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus
- Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali
- Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa
Dengan penyebaran maklumat tentang kelebihan di bulan Rejab yang berpandukan hadis yang diragui ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal
Dalam pada itu, kesan kekeliruan mungkin membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang sahih menurut pandangan mereka
Kesimpulannya sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya
No comments:
Post a Comment