TIGA
pemain tempatan dan dua import boleh didaftarkan oleh setiap pasukan
menjelang tingkap perpindahan pemain yang akan bermula pada 8 hingga 22
April nanti, lapor NORASHIKIN LEMAN.
Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, musim ini FAM membuat keputusan
membenarkan pertukaran pemain tempatan berbanding tahun sebelumnya.
“Namun, peraturannya berbeza dengan peraturan pertukaran pemain pada awal musim.
“Tiada
tebus kontrak dibenarkan dan pemain hanya boleh berpindah hanya dengan
persetujuan pihak pengurusan,” katanya ketika sidang media Mesyuarat
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan kali ke-15 di Kelana Jaya, semalam.
Sebelum
ini, melalui jendela perpindahan pemain pertengahan musim, hanya pemain
baru (tempatan) dan dua import sahaja yang dibenarkan.
Pada
masa sama, masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana
pasukan, Hamidin turut menyeru pihak pengurusan membuat permohonan
pendaftaran pemain sebelum 8 April bagi mengelakkan sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment