Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertekad untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara rejim Israel melalui penangkapan tentera Israel dan melaksanakan rundingan pertukaran tahanan.
Ia dinyatakan dalam ucapannya pada Ahad ketika mesyuarat bersama puluhan keluarga kepada tahanan, keluarga para syuhada, mereka yang cedera dan juga tokoh-tokoh kebangsaan di Gaza.
Mishaal menyeru semua pihak di Palestin agar mengambil tanggungjawab untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian berasaskan rasa hormat terhadap para pejuang Palestin, demikian katanya.
sumber : http://palestinkini.info/
No comments:
Post a Comment