JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, December 13, 2012

Kaedah Ganti Dan Bayar Fidyah Puasa




FIDYAH
Soalan
Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepas.  Saya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kinisaya sudah lupa berapakah jumlah gantian puasa yang saya lakukan.  Apa yang saya pastitidak  pernah lebih dari 8 hari.  Bagaimana sayaingin menggantikan puasa itu dan berapakah fidyah yang perlu saya bayar?  Bolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan duit danbukan beras.  Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliru.  Saya bercadang ingin menggantikan semula semua puasa – puasasaya.

Jawapan
Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak.  (1 cupak = 600gm)
Fidyah hendaklah diberikan  kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang)
Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yang dimakan seharian oleh individu tersebut.
Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan.  ( hari tidak berpuasa x tahun yang perlu diganti)
Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.


NIAT DAN MASA YANG BETUL UNTUK NIAT

Soalan

Saya nak tanya betul ke klu kita nak puasa ganti kita tak boleh berniat
lps matahari terbit?Boleh tak kita niat puasa ganti dan puasa sunat
sekaligus?

Jawapan

Puasa ganti atau wajib disyaratkan berniat sebelum terbit fajar atau
sebelum masuk waktu subuh. manakala puasa sunat dibolehkan berniat sebelum
masuknya waktu zohor dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa. Orang yang berniat puasa wajib dengan sendirinya akan
mendapat pahala puasa sunat tetapi lebih afdhal baginya menghabiskan puasa
wajib terlebih dahulu kemudian diikuti dengan puasa sunat

SUMBER

Puasa qadha’ boleh dilakukan pada bila-bila masa. Manakala hari-hari yangdigalakkan berpuasa sunat ialah:1- Puasa sunat Isnin dan Khamis2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.3- Puasa 1 – 9 Zulhijjah.4- Puasa pada 10 Muharram.5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya’ban.6- puasa sunat boleh dilakukan pada hari-hari yang lain

SUMBER


Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.


No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !