JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Sunday, July 8, 2012

Panduan Penting Seorang Pelabur Muslim Berjaya



Apabila kita mempelajari ilmu fiqh Islami baik dari tajuk cara-cara mandi wajib hinggalah tajuk sebesar memerintah sebuah negara berbilang kaum kita pasti mendapati ada banyak perbezaan pendapat (khilaf) di kalangan ulama’. Jadi nak ikut pendapat siapa?
  • Imam Shafie menyatakan menyentuh kulit isteri batal air sembahyang.
  • Imam Abu Hanifah menyatakan bersetubuh dengan isteri baru batal air sembahyang.
  • Imam Malik menyatakan menyentuh dengan hawa nafsu baru batal air sembahyang.
Maka dalam mendepani situasi ulama berbeza pendapat dalam sesuatu perkara kita kena faham 2 panduan berikut.
1. Ijtihad tidak membatalkan ijtihad lain
Ini merupakan kaedah-kaedah fiqh.
Orang awam (kita lah tu) tidak boleh menyatakan hanya pandangan imam Shafie sahaja yang betul dan pandangan imam yang lain salah. Itu bukan tugas kita. Malah, dalam hadis juga ada menyebut Nabi saw diam sahaja apabila para sahabat berbeza ijtihad tentang waktu solat Asar dalam peristiwa perang Bani Quraizah.
Tanggungjawab kita adalah mengikut pendapat yang kita lebih yakin atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti ada fatwa mengharamkan rokok dan kerajaan melarang merokok di tempat-tempat awam. Maka peraturan sebegitu kita wajib ikut.
Ijtihad, sama ada betul atau salah tetap mendapat pahala.
2. Berlapang dada dalam perkara cabang, dan bersatu dalam perkara asas
Misalnya, solat fardhu itu wajib. Solat adalah perkara asas dalam Islam. Namun, membaca doa qunut solat Subuh ada perbezaan pendapat dan bukan perkara asas dalam Islam. Maka Imam Suyuti pun berkata:
Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya
Benda yang patut kita usahakan dalam masyarakat adalah suruh orang bangun solat Subuh dan bukannya bergaduh pasal doa qunut! (Sekali lagi kita perlukan ilmu untuk membezakan perkara asas dan perkara cabang.
Begitu juga dalam isu-isu di sekitar kewangan Islam. Ada banyak perbezaan pendapat berlaku. Apa yang jelas adalah perbankan konvensional, insurans konvensional itu haram. Justeru, masyarakat perlu memerangi riba yang ‘confirm’ sebegitu dan bukannya meruntuhkan kewangan Islam yang telah terbina ini hanya disebabkan isu-isu khilaf.
Saya kongsikan 3 isu kewangan yang sering menjadi polemik dalam masyarakat.
(Oh ya, sebelum itu perlu faham ijtihad ini dibuat oleh orang yang layak sahaja. Kita ini yang bahasa Arab pun tidak mahir tidak layak berijtihad. Kita perlu bersandar dengan ijtihad mereka yang layak.)
1. Hukum pelaburan ASB, ASN dan lain-lain
Ya, ia khilaf. Fatwa negeri Selangor kata haram, fatwa Kebangsaan kata harus. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang bukan-bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama yang berijtihad ASB itu harus. Itulah sikapnya.
2. Pengiraan zakat harta
Ya, ini juga khilaf. Apa yang jelas adalah pengiraan zakat ke atas aset yang 5; emas dan perak, bisnes, pertanian, penternakan dan hasil bumi.  Zakat tetap zakat, cuma pengiraan atas harta zaman moden (saham, royalti, hartanah, pendapatan dan lain-lain) ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.
3. Hukum Matawang Kertas
Ya, ada khilaf dalam perkara ini. Riba dapat wujud dalam apa-apa jua bentuk matawang – dinar, dirham, representative money mahu pun duit fiat. Dan dalam situasi semua orang guna duit kertas, janganlah sampai ‘perjuangan’ mengembalikan ‘gold standard’ atau ‘dinar dirham’ itu menyusahkan diri sendiri sebab bila kita kata duit kertas itu haram, maka haram lah ke atas kita.
“Mat, duit kertas ni haram, mari beli dinar dengan aku. Bagi aku RM 800, aku beri kau 1 dinar.” Kemudian, RM 800 itu pun digunakan sebahagian untuk makan tengah hari.
Apa yang haram menerimanya, haram juga memberinya. (Kaedah-kaedah fiqh)

 SUMBER dari PakDi

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !