JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Wednesday, June 27, 2012

Perbezaan Mas Kahwin & Hantaran


649
 
22
 
 
Saya ingin tahu perbezaan antara mas kahwin dan wang hantaran. Benarkah nilai mas kahwin telah ditetapkan kepada satu nilai oleh kerajaan dan tidak boleh diubah? Saya berniat mengahwini kekasih hati tetapi saya bimbang tidak mampu memberikan hantaran tinggi kepada bakal isteri.
Mas Kahwin
Jawapan:
Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan, manakala dalam seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tafsiran maskahwin bererti “pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan.
Pembayaran mas kahwin boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.
Dalam masyarakat kita hari ini, adalah menjadi kebiasaan memberi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia.
Wang Hantaran
Dalam adat negeri Selangor, hantaran diertikan sebagai hadiah sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan yang diberikan oleh suami kepada isterinya semasa majlis perkahwinan dilangsungkan dan ia digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan, sepertimana yang dinyatakan dalam takrifan, hantaran adalah berbeza diantara adat setempat.
Jika di Kedah dan Pulau Pinang wang hantaran diberikan kepada ibu bapa bakal pengantin dan terpulang samada dibelanjakan atau diberikan kepada anaknya manakala di Kelantan dan Terengganu hantaran dianggap sebagai maskawin maka ia menjadi milik mutlak pihak isteri.
Duit hantaran hanyalah adat di dalam perkahwinan melayu dan telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Jumlah duit hantaran ditawarkan oleh pihak lelaki, tetapi duit hantaran sebenar ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan yang selalunya dibincangkan semasa proses peminangan atau pertunangan.
Mas Kahwin
Untuk pengetahuan, harga hantaran semasa sekarang di antara RM5000 hingga RM10,000. Lebih daripada itu, dah kira rezekilah. Tidak dinafikan ada juga keluarga yg sengaja menetapkan duit hantaran yang mahal, namun pada pendapat Pakar Cinta eloklah jika duit hantaran ditetapkan dipersetujui kedua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki untuk menyediakannya.
Tak guna buat pinjaman sana sini utk menyediakan duit hantaran berpuluh ribu untuk  kenduri besar-besaran sehingga membazir, namun akhirnya pengantin hidup merana selepas berkahwin kerana berhutang keliling pinggang.
Untuk pengetahuan, harga hantaran semasa sekarang di antara RM5000 hingga RM10,000. Lebih daripada itu, dah kira rezekilah. Tidak dinafikan ada juga keluarga yg sengaja menetapkan duit hantaran yang mahal, namun pada pendapat Pakar Cinta eloklah jika duit hantaran ditetapkan dipersetujui kedua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki untuk menyediakannya.
Berapapun jumlah mas kahwin ataupun hantaran yang ditentukan samada oleh adat atau keturunan seseorang, akhirnya kita perlu kembali kepada sebaik-baik jumlah yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW terjemahannya berbunyi:
“Sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah” – [Abu Dawud]
Atau sekiranya tidak berkemampuan langsung maka sabda Nabi lagi;
“Carikanlah (sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin) walaupun sebentuk cincin dari besi.” – [Bukhari dan Muslim]

sumber :  http://pakarcinta.com/blog/

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !