JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Tuesday, June 19, 2012

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Mengumumkan Kemenangan Mursi


Wartawan: Nawfal Ahmad Fathel
KAHERAH, 18 Jun: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini telah mengumumkan kemenangan Muhammad Mursi dalam pilihanraya presiden Mesir yang pertama selepas revolusi 25 Januari tahun lepas.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakap penyokong kempen calon Muhammad Mursi, beliau berkata, “Selepas 97.6% peti undi telah dikira, Mursi telah berjaya mengumpulkan 13 juta undian manakala Ahmad Shafiq hanya mendapat 12 juta undian sahaja. Ini menjadikan Mursi mendapat 52.5% undian berbanding Shafiq dengan hanya 47.5% undian sahaja. Jumlah tersebut adalah hasil undian daripada dalam dan luar negara”.
Walau bagaimanapun, Ikhwan Muslimin mengumumkan Muhammad Mursi mendapat 54% undian pada lebih daripada 90% pusat pengundian di seluruh negara. Manakala calon Ahmad Shafiq yang merupakan bekas perdana menteri, hanya mendapat 46% undian.
Akan tetapi, bagi penyokong kempen calon Ahmad Shafiq, mereka menuduh Ikhwan Muslimin telah merampas keputusan pilihanraya dengan pengumuman lebih awal daripada pihak mereka. Muhammad Barakah selaku ketua kempen calon Shafiq berkata, bukanlah menjadi hak sesiapa selain pihak bertanggungjawab untuk mengumumkan keputusan lebih awal. Malahan beliau berkata Shafiq yang memenangi undian ini dengan 52% undian tidak akan mengumumkan mana-mana keputusan lebih awal kerana ianya akan melanggar undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !