JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Tuesday, June 19, 2012

Dr. Mohamad Morsi Berjanji Untuk Membentuk Kerajaan Perpaduan


Wartawan: Ahmad Saif Bin Ahmad Zorin
KAHERAH, 29 Mei: Calon Presiden Mesir Dr. Mohamad Morsi menjanjikan bahawa, jika keputusan pilihanraya kali ini berpihak kepadanya, Presiden Republik Arab Mesir akan berada di dalam kabinet yang tidak dimonopoli oleh kroni-kroninya, bahkan ia akan melibatkan perwakilan-perwakilan dan canselor-canselor daripada semua aliran. Beliau juga memberikan penekanan kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan lantas mengimplikasikan bahawa seorang presiden tidak semestinya daripada Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP), disamping ketegasan beliau untuk menjamin kebebasan yang bekekalan.
Dr. Morsi juga berkata dalam sidang media yang diadakan di Kaherah pada hari Selasa lalu, “Bahawa telah berlalunya zaman pemerintahan presiden yang memerintah dengan bersendirian dan tidak akan berlaku lagi seorang presiden yang berfikir dan melaksana secara bersendirian. Beliau turut menjanjikan kabinet yang terdiri dari menteri-menteri yang datang daripada semua latar belakang politik, para pemuda revolusi, para wanita, masing-masing memiliki tenaga dan kepakaran tersendiri dan selaku presiden akan mendengar pandangan mereka dengan iltizam dan bukan semata-mata perbincangan sahaja.
Berkata lagi calon Presiden Mesir Dr. Morsi, beliau akan menggunakan seluruh keupayaannya untuk mempercepatkan proses pembentukan perlembagaan, di mana beliau berpandangan ia tidak akan mengambil masa lebih daripada tiga bulan. Beliau turut berjanji untuk merujuk semula signifikan membentuk suruhanjaya pembentukan perlembagaan (Constituent Assembly) yang memastikan perlembagaan dibentuk atas persetujuan semua parti yang turut menjadi wakil rakyat Mesir keseluruhannya.
Selain itu, Dr. Morsi turut memuji pihak tentera dan polis mengenai peranan mereka menjaga keselamatan dan kelancaran pilihanraya, biarpun beliau turut mengakui terdapat penyelewengan dan penipuan di dalam pilihanraya kali ini. Namun, beliau berharap agar tidak berlaku apa-apa pertembungan dan pengkhianatan dalam mengubah penyelewengan tersebut. Beliau berpendapat bahawa penyelewengan yang berlaku dalam pilihanraya kali ini disebabkan oleh sebahagian pemimpin yang mahu mengembalikan rejim Mubarak ke tampuk pemerintahan dan selayaknya mereka ini dipertanggungjawabkan terhadap penipuan tersebut kelak.

sumber : http://ismamesir.com/v2/2012/05/dr-mohamad-morsi-berjanji-untuk-membentuk-kerajaan-perpaduan/

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !