JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, February 23, 2012

Mesir Membekal Bahan Api Untuk Jana Elektrik di Gaza

Ismail Haniyeh-Pemimpin Hamas & Gaza

Mesir akan membenar kemasukan bahan api ke Gaza untuk menjana pembekalan tenaga elektrik seperti di nyatakan oleh pegawai dari Mesir dan Palestin selasa lalu. Ini untuk meredakan krisis elektrik sejak penguasaan Hamas di Gaza.

Kerajaan Mesir menyatakan jumlah bekalan tenaga elektrik yang dibekalkan akan di tingkatkan kepada 22 megawatt dari  yang sedia ada 17 megawatt dan dibekal secara percuma.

Menteri Elektrik dan Tenaga Mesir iaitu Hassan Younes mengatakan bahawa bantuan yang di berikan adalah untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin yang di tindas sekatan haram oleh kerajaan haram Israel.

Di katakan stesen janakuasa yang membekalkan elektrik kepada kira-kira satu pertiga kawasan di negara tersebut seringkali mengalami masalah sehingga menyebabkan penduduk terpaksa bergelap hampir setiap hari. Masalah ini tidak lain, ianya berpunca dari sekatan dan serangan yang dilakukan Israel.

Seperti dinyatakan pihak PA kepada Reuters bahawa sebelum bahan api dibekal melalui Kerem Shalon iaitu sempadan Israel, Gaza dan Mesir, diesel akan sampai dahulu melalui terowong yang di gali yang menghubungkan selatan Gaza dan Mesir disebabkan kerenah Israel ini.

Pegawai di Gaza pula menyatakan janakuasa lama membekalkan 80 megawatt elektik pada penggunaan sepenuhnya, pihak israel pula memberi 120 megawatt. Ketua Bahagian Tenaga PA, Kittana juga menyatakan perlu untuk mengatasi masalah jangka panjang elektrik ini dengan membina janakuasa baru bersama pihak Mesir dan ditingkatkan kepada 300 megawatt.

" Projek ini akan mengambil masa selama 18 bulan untuk siap dan akhirnya akan menyelesaikan masalah tenaga. " katanya, sambil menambah bahawa memerlukan dana sebanyak 50 juta dolar untuk disiapkan.

sumber : http://english.ahram.org.eg/


No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !