SPR telah menetapkan PRU 13 adalah pada 5 mei dan penamaan calon pada 20 april yang bermakna tempoh kempen adalah selama 15 hari sehingga tengah malam 4 mei.
Seramai 13,268,002 layak mengundi pada kali ini. Tarikh mengundi awal 30 april ditetapkan untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (pengundi luar negara).
Antara pembaharuan pada kali ini adalah penggunaan dakwat kekal, pengundian awal anggota polis dan tentera menggantikan undi pos, benarkan orang kurang upaya (OKU) membawa masuk seseorang untuk membantu semasa mengundi serta pemansuhan proses bantah dan penarikan balik pencalonan.
No comments:
Post a Comment