JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Wednesday, March 6, 2013

Protes Di Manila Berkenaan Konflik Di Sabah

Siang tadi (5/3/13) telah berlaku protes yang di hadiri seramai 100 orang dihadapan kedutaan Malaysia di Manila berkenaan konflik di Sabah yang mendesak supaya ditamatkan segera keganasan ke atas terhadap kumpulan bersenjata Sulu atau dikenali sebagai tentera Sulu.




Mereka turut membakar gambar Perdana Menteri Malaysia, dato' Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III. Yang mana protes ini juga berlaku selepas pihak tentera Malaysia melancarkan serangan pada pukul 7 pagi tadi.



Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas  menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug" manakala ada juga yang mendesak kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas Sabah.



Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan tersebut telah beredar secara aman sebelum tengah hari tapi memberi maran akan ada banyak lagi protes selepas ini dengan kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.


HAI, NEGARA KITA KENA CEROBOH, DEPA NI PLAK YANG PROTES..PATUT RAKYAT MALAYSIA YANG PROTES..
 

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !