PHUKET, Thailand - Beberapa pegawai berkata, 73 orang pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditemui menaiki sebuah bot di Laut Andaman dekat pulau peranginan di sini akan dihantar pulang ke negara mereka.
Gabenor Phuket, Maitri Inthusut semalam berkata, semua pelarian tersebut memberitahu, mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia kerana keletihan dan takut sesuatu yang buruk akan berlaku ketika berada di laut.
Maitri berkata, 73 orang pelarian termasuk 12 orang kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke Myanmar dengan menggunakan pengangkutan darat yang disediakan oleh polis imigresen negara ini.
Pihak berkuasa Thailand memberikan para pelarian Rohingya itu ubat-ubatan, makanan dan minyak selepas mereka ditemui kelmarin.
Dasar kerajaan Thailand adalah tidak menerima pelarian tetapi akan membantu mereka untuk memasuki negara ketiga
KOSMO
No comments:
Post a Comment