Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW
boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang
terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang
mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh
keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan
berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW
lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan
sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar
nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak
yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat
bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga
mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping
memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW
agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum
susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan
ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan
dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan
ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions)
yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.
2. Rasulullah SAW
melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan
kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan
boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan meminum susu
bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh
meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW
tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan
darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk
kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau
kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia
bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan
buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti
gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak
sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre
yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut
kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti
yang banyak..
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan
bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala
penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana
ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan
yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan,
menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau
(obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur
malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan
Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir
(lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan
roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan
berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan
vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan
kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu
memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan
tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk
kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin
Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan
memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan
memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak
memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia
dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat
yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan
beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat
berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan
keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat,
protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi
hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap
selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air.
Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan
buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa
Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah
memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan
yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser.
10. Di samping itu,
Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping
itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan
juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi
menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan
tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan
makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi
manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga
menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit
madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb)
bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)
12. Nabi SAW sentiasa
mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan
tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut.
Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi
kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika
sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun
setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta
mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya
setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar
tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang
manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah
kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan
berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi
1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya
dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk
menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan
setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa
sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas
makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami)
dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut,
‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni
wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR
Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa
sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW
bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu,
sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR
Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli
saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan
mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak
mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya,
sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari
segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat
shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya
pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia
berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung
berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia
makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan
di dalamshahfah atau
pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang
menunggu kita.Makan dan minum perlulah
dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan
menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal
kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama
keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah
SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan
tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan
sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah
berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW
melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan
mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam
darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan
kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses
metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur
pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi
memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu
kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk
berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan
sebelum tidur
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah
dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis;
Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang
kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang
kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh
memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar
selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan
sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa
pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang
hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam
sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak.
Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa.
Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan
memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam melarang
penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan
anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan
berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya)
serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di
atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk
mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui
kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah
SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan
yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
No comments:
Post a Comment