Soalan
Asalamualaikum..saya tidak paham mengenai bab sertu...
1.apakah bezanya antara air bercampur tanah dan..juga tanah lembab yang
dibasahkan dengan hujan?
2.bagaimana untuk menyediakan air becampur tanah?adakah dengan mengambil
tanah kering dan mencampurkan nya dengan air biasa di dalam baldi...
3.sah atau pun tidak sah? jika kita sertu tapak kasut terkena najis anjing
sebagai contoh dengan hanya mengosok pada tanah lembab dan terus
mencucinya dengan air biasa 6 kali selepas mengosok pada tanah lembab
tadi..sah tak ustaz?
sekian terima kasih...
Jawapan
Badan, pakaian dan tempat yang terkena Najis Mughallazah iaitu anjing dan babi hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali di mana salah satu basuhannya ialah dengan air tanah. Menjawab soalan saudara:
1. Perbuatan membasuh memerlukan cecair. Di sinilah letaknya perbezaan ciri antara air bercampur tanah dengan tanah lembab yang dibasahkan oleh hujan.
2. Cara menyediakan air tanah: Ambil tanah (kering atau basah) dan campurkannya dengan air mutlak. Banyak tanah dan air bergantung kepada keperluan.
3. Cara membasuh tapak kasut yang terkena najis:
- Mula-mula buangkan ain najis jika ada.
- Kemudian basuh kasut dengan air sebanyak tujuh kali di mana salah satu basuhannya ialah dengan air tanah. Tidak sah menggantikan basuhan dengan air tanah dengan sekadar menggosokkan kasut pada tanah yang lembab.
WalLahu a'lam.
No comments:
Post a Comment