بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلاً إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَDan ketika (Nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
وَقَالُوا أَآلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلاً بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَDan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.
إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ وَجَعَلْنَاهُ مَثَلاً لِّبَنِي إِسْرَائِيلَNabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh kekuasaan kami yang menakjubkan untuk kaum Bani Israil.
وَلَوْ نَشَاء لَجَعَلْنَا مِنكُم مَّلَائِكَةً فِي الْأَرْضِ يَخْلُفُونَDan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi..
وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَاتَّبِعُونِ هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌDan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari qiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari qiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.(Surah Az Zukhruf : 57-61)
Ayat-ayat di atas memceritakankan Nabi Isa a.s., dan pada ayat terakhir (Az- Zukhruf: 61) disebutkan wainnahuu 'a 'ilmun lissaa 'ah (Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari qiamat), yakni turunnya Nabi Isa a.s. ke bumi sebelum datangnya hari qiamat merupakan petanda (kunci) telah dekatnya hari qiamat. Dan hal ini juga ditunjukkan oleh qiroah (bacaan) lain terhadap ayat itu, yakni wa innahuu la 'ilmun lis-saa 'ah (dengan memberi harkat fathah pada huruf 'ain dan lam, yang bererti 'alaamah (alamat) dan amaaroh (tanda) telah dekatnya hari qiamat. Bacaan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, dan lain-lain Imam tafsir.
Dari Ibnu Abbas r.a. mengenai penafsiran ayat ini:
"Turunnya Nabi Isa a.s. adalah sebelum terjadinya hari qiamat"(Hadis Riwayat Ahmad no.21921, tahqiq Ahmad Syakir yang mengatakan, "Isnadnya shahih.")
Al Hafiz Ibnu Katsir berkata, "Adalah benar bahawa kata ganti pada lafal (innahu/sesungguhnya dia) itu merujuk kepada Isa, sebab konteks pembicaraan ayat ini mengenai Nabi Isa."(Tafsir Ibnu Katsir 7:222)
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـكِن شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناًDan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
بَل رَّفَعَهُ اللّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللّهُ عَزِيزاً حَكِيماًTetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلاَّ لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيداًDan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.(Surah An Nisaa' : 157-159)
Ayat-ayat di atas bukti menunjukkan bahawa orang-orang Yahudi tidak membunuh dan tidak menyalib Nabi Isa a.s., tetapi Allah SWT yang mengangkatnya ke langit sebagaimana disebutkan dalam;
إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari qiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".(Surah Ali Imran : 55)
Maka ayat-ayat tersebut juga menunjukkan bahqwa di antara ahli kitab kelak akan ada orang yang beriman kepada Nabi Isa a.s. pada akhir zaman, ketika ia turun (secara hakiki) ke bumi dan sebelum wafatnya sebagaimana diberitakan oleh hadis-hadis yang shahih dan mutawatir.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ketika ditanya tentang masalah wafat dan diangkatnya Nabi Isa a.s., beliau berkata, "Segala puji bagi Allah SWT. Nabi Isa a.s masih hidup. Dan disebutkan di dalam hadits shahih bahawa,
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW :
"Demi Allah yang menggenggam jiwaku. Tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan cukai, dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang layak menerima zakatnya dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisinya.(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Pembicaraan dalam pembahasan ini bukanlah tentang pengangkatan nabi Isa a.s., tetapi untuk menjelaskan bahawa baginda diangkat dengan tubuh dan rohnya. Sekarang Nabi Isa a.s. masih hidup di langit kelak akan turun pada penghujung akhir zaman serta di Imani oleh orang-orang ahli kitab yang hidup pada waktu itu.
وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلاَّ لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيداًDan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.(Surah An Nisaa' : 157-159)
Ibnu Jarir berkata: "Telah diceritakan kepada kami oleh Basyar, dia berkata, telah diceritakan kepada kami oleh Suryan dari Abu Hushain dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas mengenai ayat:
"Tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepada Isa sebelum kematiannya," dia berkata, "Sebelum kematian Isa bin Maryam." (Tafsir Ath-Thabari 6:18)
Ibnu Katsir berkata, "Ini adalah isnad yang shahih" (An-Nihayah Fil Fitan wal Malahim 10:136. Atsar Ibnu Abbas ini juga dishahkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari 6: 492)
Selanjutnya, setelah mengemukakan berbagai pendapat mengenai makna ayat ini, Ibnu Jarir berkata, "Dan pendapat yang paling shahih ialah pendapat orang yang mengatakan bahawa takwil ayat itu ialah tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepada Isa sebelum Isa meninggal dunia."(Tafsir Ath-Thabari 6: 21)
Dan beliau (Ibnu Jarir Ath-Thabari) meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Hasan Al-Bishri bahawa beliau berkata, ".... Sebelum kematian Isa. Demi Allah, sesungguhnya beliau sekarang masih hidup di sisi Allah. Tetapi apabila beliau nanti telah turun, maka semua orang beriman kepada beliau." (Ibid, halaman 18)
Ibnu Katsir berkata, "Dan tidak diragukan lagi bahawa apa yang dikemukakan oleh Ibnu Jarir inilah pendapat yang benar, kerana ini merupakan maksud dari konteks ayat-ayat yang menetapkan batalnya pengakuan orang-orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Isa, menyalibnya, dan menyerahkannya kepada orang-orang Nasrani yang bodoh dan tidak tahu akan masalah itu. Lalu Allah SWT memberitahu bahawa kejadiannya adalah tidak sedemikian, tetapi ada seseorang yang diserupakan oleh Allah SWT seperti Isa, lantas mereka bunuh orang yang diserupakan itu sedang mereka tidak mengetahui dengan jelas tentang hal itu. Kemudian Allah SWT mengangkat Isa kepada-Nya, dan dia (Isa) masih hidup dan kelak akan turun ke bumi sebelum datangnya hari qiamat sebagaimana ditunjukkan oleh hadis-hadis mutawatir." (Tafsir Ibnu Katsir 2: 405)
Ibnu Katsir juga menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas dan lainnya bahawa Ibnu Abbas mengulangi dhamir pada lafal qobla mautihi untuk ahli kitab. Hal ini, kalau shahih riwayatnya, tidaklah menafikan pendapat pertama. Tetapi yang sudah jelas shahih makna dan isnadnya ialah yang telah kami sebutkan terdahulu. (An-Nihayah Fil Fitan wal-Malahim 1: 137)
Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda SAW bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.
Kami menjawab:“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi SAW bersabda:“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.
Kemudian Nabi SAW menyebutkannya:“ 1. Dukhan(Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)
2. Al Masih Ad Dajjal(Fitnah Terbesar Di Akhir Zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung & pedoman untuk kita umat Islam menilai segala sesuatu dengan 'mata hati' bukan mata luaran)
3. Dabbatul Ardhi(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)
4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya(dari Barat Ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dgn Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh manusia)
5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.(pergolakkan di Damascus, Syria terletaknya Masjid Umayyad : Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah al Mahdi menunaikan solat subuh)
6. Ya'juj dan Ma'juj(Tamandun manusia di Caucasus dan Eropah Barat)
7. Gempa bumi, sekali di Timur;
8. Sekali di Barat dan;
9. Ketiga di Semenanjung Arab
10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(bunga-bunga pergolakkan di Yamen)
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a., Rasulullah SAW bersabda,"Jika saat Dajjal keluar aku masih bersama kamu maka akulah yang akan melindungi kamu darinya. Namun jika dia keluar dan aku tidak lagi bersama kamu, maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri. Allah SWT adalah pelindung bagiku dan setiap orang muslim. Barang siapa di antara kamu berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan ayat awal surat Al Kahf, sebab ia melindungi kamu dari fitnahnya."
Kami lalu bertanya,"Berapa lama Dajjal akan tinggal di bumi?"
Baginda SAW menjawab,"40 hari. 1 hari seakan setahun, 1 hari seakan sebulan, 1 hari seakan seminggu dan hari-harinya dia sama sebagaimana hari-hari kamu"
Kami bertanya lagi,"Wahai Rasulullah, pada hari yang seakan 1 tahun, adakah solat kami mencukupi untuk waktu sehari semalam?"
Baginda SAW menjawab,"Tidak, namun sesuaikanlah (setiap waktu solat). Kemudian Isa putera Maryam akan turun di sisi menara putih, sebelah timur kota Damascus. Lalu dia mengejar Dajjal sehingga di pintu Lud (sebuah tempat di dekat Baitulmaqdis), lantas dia membunuh Dajjal."(Hadis Riwayat Abu Daud)Dari Abu Darda r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"(Hadis Riwayat Muslim)
Makan Nabi Yahya a.s. (John The Baptist) yang telah dipancung kepala baginda di dalam Masjid Umayyad oleh Yahudi. Apabila munculnya Dajjal di luar masjid yang sedang memimpin Yahudi-Nasrani Zionist, jemaah Al Mahdi bersama Nabi Isa a.s.sedang berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Subuh. Disinilah kemuncak kepada sejarah dunia akan berulang kembali seperti mana siang berganti malam, malam berganti siang, Nabi Isa a.s. pula akan mengejar Dajjal dan para tenteranya dan akan memancung kepala Dajjal berdekatan pintu Lud, di Baitulmuqdis.
Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a,. Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Ketika Allah SWT telah mengutus Al Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damascus dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan mati, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Nabi Isa a.s mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Nabi Isa a.s. datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah SWT dari Dajjal, lalu Nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). “Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa a.s.. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa a.s. untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Nabi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata:
“Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”
Maka solalah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Nabi Isa a.s. berkata kepada semua jemaah, “Bukakan pintu itu.”
"Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa a.s. ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari kerana ketakutan. Nabi Isa a.s. bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sana lah Nabi Isa a.s. membunuh Dajal itu."
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan olah Allah SWT pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah SWT. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
“Isa Ibni Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah SWT. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam a.s., sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”(Hadis Riwayat Ahmad)
Kiri: Minaret of The Qayt Bey Tengah: Minaret of The Bride Kanan : Minaret of Jesus |
Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Nabi Isa a.s., iaitu di menara putih bahagian timur Damascus. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, Nabi Isa a.s. turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami’ Damascus, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.
Kerana di Damascus, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Damascus sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam (Al Mahdi) kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Roh Allah, majulah kedepan untuk mengimami solat.”
Kemudian Baginda menjawab, “Anda (Imam Mahdi) lah imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kamu.”
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,“Dan ketika mereka sedang mempersiapkan peperangan dan sedang merapikan barisan, tiba-tiba datanglah waktu solat subuh, dan turunlah Nabi Isa bin Maryam” (Hadis Riwayat Muslim)Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
"Para nabi itu bersaudara seperti saudara yang seibu berlainan ayahnya. Ibu mereka berbeza-beza, tetapi agama mereka satu. Aku adalah orang penting yang mempunyai hubungan dengan Isa Ibnu Maryam, kerana tiada nabi yang lain antara aku dengannya. Apabila kamu melihatnya, maka kamu kenalilah beliau sebetulnya. Beliau adalah seorang lelaki yang sederhana tinggi, berkulit warna antara kemerah-merahan dengan putih. Beliau memakai dua kain putih kekuningan yang cantik. Rambut dikepalanya menitiskan air sekali pun tidak basah. Beliau akan menghancurkan salib, membunuh babi, melimpahkan rezeki bagi manusia. Allah membinasakan pada zamannya semua agama melainkan agama Islam. Allah membinasakan pada zamannya al Masih ad Dajjal, yang sesat, cacat dan pembohong besar. Pada zamannya, seluruh bumi menjadi aman. Sehingga singa-singa dapat makan bersama unta-unta, harimau-harimau dapat makan bersama lembu-lembu, serigala-serigala dapat makan bersama kambing-kambing, kanak-kanak dapat bermain dengan ular-ular. Kesemua haiwan yang merbahaya itu tidak akan memudaratkan mereka. Beliau tinggal di bumi selama 40 tahun. Kemudian beliau meninggal, lalu orang-orang Islam solatkan jenazahnya dan mengkebumikannya disisiku"(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dari Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda,Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam(Hadis Riwayat Abu Darda')
Ilmu itu pelita hidup, sama-sama lah kita berusaha mendekati, memahami dan menterjemahkan ilmu Islam terutama ilmu akhir zaman (Islamic Eschatology) disamping mencuba menjadi hamba yang terbaik kepada Allah SWT. Bersama-sama lah kita memberikan sokongan kepada golongan yang ingin menegakkan Islam di muka bumi Allah SWT ini dengan cara yang betul dan dibenarkan oleh Islam tanpa memulakan kekerasan dan kekejaman, dan berusahalah kita untuk mengajak individu yang terdekat yang masih leka dan lalai dibuai nikmat dunia agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Pada 12hb November 2012, terbentuk satu pakatan dari Majlis Kebangsaan Syria iaitu pihak penentang kerajaan (Assad) Syria yang dikenali Gabungan Kebangsaan Pembangkang Syria, yang mendapat sokongan dari kafir laknatullah iaitu PBB, Nato, Israel, Amerika, Mossad, Perancis, Britain dan juga boneka-boneka pejuang Islam dari Arab iaitu Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk dan Liga Arab. Tetapi apa yang jelas kelihatan pada logo gabungan ini adalah simbolik kepada 'mata satu' dan sudah tentu ianya milik Dajjal. Akan tetapi majoriti umat Islam masih tidak faham akan hakikat situasi di Syria, bolehkan kita bergabung bersama kafir dan berperang sesama Islam? terlalu halus fitnah Dajjal akhir zaman..
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin”(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda:Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara apiHadis Riwayat at-Tirmizi
Dari Mughirah bin Syu’ bah r.a., Rasulullah SAW bersabda:Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang menang (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT mereka sentiasa menang.Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asingHadis Riwayat Muslim
Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir zaman, sedar ataupun tidak kita sekarang ini telah pun berada di penghujung akhir zaman. Maka bersedialah dari setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun di seluruh dunia ia menandakan dunia telah berada di pengakhirannya berdasarkan peristiwa dan disulami dengan peringatan dari al Quran dan as Sunnah..dalam segala hal, Allahu a'lam..
SUMBER
No comments:
Post a Comment