JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Wednesday, November 21, 2012

Pejuang Palestin menembak roket ke Baitulmaqdis & Tel Aviv






BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin dilaporkan menembak roket ke Baitulmaqdis dan Tel Aviv hari ini, dua bandar yng menjadi nadi perniagaan dan pentadbiran Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya sudah menutup semua jalan raya di sekitar sempadan Gaza dan mengisytiharkannya kawasan itu ditutup untuk zon tentera. 
Koresponden AFP melaporkan, kereta kebal dan perisai tentera kini ditempatkan di medan hadapan dan bersedia untuk melaksanakan perangdarat. 



Awal hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengulangi bahawa negaranya menyokong Israel untuk mempertahankan negara itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza malam tadi menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka kematian dua hari lalu meningkat kepada 30 orang.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan terbaru itu memusnahkan bengkel senjata Hamas.-sumber metro

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !