JOM MASUK !!!

Experiencing Great Shopping At Amazon !

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Wednesday, July 25, 2012

ZAKAT FITRAH SERTA PENGERTIANNYA






PENGERTIAN ZAKAT FITRAH 
Zakat Fitrah ialah mengeluarkan kadar yang tertentu daripada makanan asasi dengan sebab jatuhnya matahari akhir Ramadhan dengan syarat yang tertentu.

Dalil Zakat Fitrah:-
Firman Allah Taala: 

                                                                                            Surah Al A'laa : 14-15
Ertinya : Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan diri (mengeluarkan fitrah) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama tuhan (ucap takbir) serta mengerjakan sembahyang.
Ayat ini diturunkan mengenai kewajipan zakat Fitrah
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kata Abdullah bin Omar, “Bahawasanya Rasulullah mewajibkan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia satu gantang tamar, atau syair, ke atas tiap-tiap orang merdeka, hamba, lelaki atau perempuan dari kalangan orang Islam.


SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
-Orang Islam
-Hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walaupun sekejap
-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
-Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
-Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
-Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Masalah :
Seorang ketua keluarga seperti suami, wajib menunaikan Fitrah untuk dirinya, kemudian isterinya, anaknya yang kecil, bapanya (kalau miskin), ibunya, anaknya yang besar jika anaknya itu lemah untuk berusaha.

Jenis dan kadarnya :
- Bahan yang menjadi fitrah itu ialah makanan asasi bagi sesebuah negeri iaitu beras bagi Malaysia.
- Sah dikeluarkan dengan harga semasa mengikut Fatwa ; inilah yang lebih mudah dan praktikal bagi pengeluar dan penerima dalam keadaan sekarang.
Kadarnya : 
4 raub, atau satu gantang Baghdad
bersamaan dengan 3.063 kg, harga RM 7.00

( nota: kadar harga akan berubah mengikut kadar beras semasa )
Waktu mengeluarkan Fitrah :-
  • HARUS dan sah dikeluarkan apabila masuknya bulan Ramadhan dan hari-hari sepanjang bulan Ramadhan
  • WAJIB ditunaikan selepas jatuh matahari akhir Ramadhan
  • SUNAT dikeluarkan di pagi hari raya sebelum solat sunat Raya
  • MAKRUH dikeluarkan selepas solat Raya
  • HARAM dikeluarkan lepas hari raya, dan wajib Qadho.

Cara menunaikan fitrah :-
  • Adalah dimaklumkan bahawa mulai 31 Januari 2007 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman telah perkenan Zakat Fitrah dalam Negeri Kedah hendaklah ditunaikan kepada Amil-amil yang dilantik oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah
  • Jabatan Zakat Negeri Kedah telah melantik Amil-amil Zakat Fitrah bagi tiap-tiap Qaryah dalam Negeri Kedah mulai 9 September 2007
  • Mulai tahun 2009 Jabatan Zakat Negeri Kedah telah menjalinkan kerjasama dengan Celcom Berhad bagi bayaran zakat fitrah melalui sms bagi pelanggan celcom sahaja.
Kelebihan menunaikan fitrah kepada amil :
-      Dapat taat kepada Ulil ‘amri sebagai raja pemerintah mengikut kehendak ayat :-

                                                                                                         Surah An Nisaa' :59
-     Senang dan mudah kepada pembayar fitrah, tidak perlu mencari-cari penerima
-      Fitrah yang dikutip oleh amil akan dialirkan kepada penerima secara menyeluruh dalam tiap-tiap Qaryah sama banyak
-      Dengan menunaikan Fitrah kepada Amil selamat dari tersalah beri kepada bukan yang mustahak
-      Dapat membantu fakir miskin menjelang hari raya, dan dapat pula mereka berfitrah
Ingatan kepada Amil :-
  • Peringatan kepada pembayar fitrah supaya niat membayar fitrah, sama di waktu mengasing harta, atau masa menyerah kepada Amil.
  • Amil berdoa kepada pembayar fitrah sesudah diterimanya seperti :-


- Elakkan diri dari berjual beli beras fitrah dengan pembayar fitrah.
Dalam kitab Bahrul Mazi disalinkan catitan berikut:- 




SUMBER

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !