Syria hadapi 'perang sebenar', isytihar Presiden Bashar
Oleh:
Tarikh: June 27, 2012
Tarikh: June 27, 2012
DAMSYIK - Presiden Syria Bashar al-Assad mengisytiharkan negaranya kini berhadapan dengan "perang yang sebenar" dan mahu dasar-dasar negara itu dituju ke arah untuk memenangi perang.
Dua minggu lalu, Utusan Khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan menyifatkan Syria sedang menuju ke arah perang saudara.
Dipetik agensi berita SANA, Bashar, yang turut berhadapan dengan tekanan antarabangsa bagi menamatkan krisis yang berlarutan lebih setahun, membuat kenyataan itu dalam ucapannya kepada Kabinet yang baru dibentuk.
Kabinet mengangkat sumpah semalam.
"Kita hidup dalam (situasi) perang yang sebenar... kesemua dasar kita, arahan akan dituju untuk mendapatkan kemenangan dalam perang ini," kata beliau dalam ucapannya semalam.
Pertempuran antara tentera prokerajaan dan kumpulan yang menentang kepimpinan beliau, Tentera Pembebasan Syria (FSA) semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Krisis di Syria kini berlarutan buat bulan ke-16.
Kenyataan Bashar ini juga muncul sehari selepas Turki melabel Syria sebagai satu ancaman kepada keselamatan serantau susulan tindakan Damsyik menembak jatuh jet pejuangnya Jumaat lalu.
Malah, semalam Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran akan mengambil tindakan ketenteraan ke atas Syria jika ia menceroboh sempadan negaranya.
Mesyuarat Nato semalam mengambil pendirian mengecam tindakan Syria menembak jet pejuang itu bersama dua juruterbangnya yang nasib mereka belum diketahui.

Situasi semasa di Syria, termasuk dakwaan bahawa kanak-kanak dijadikan perisai. – Foto ihsan CNN
DAMSYIK – Syria kini berada di kancah perang saudara manakala kerajaan pula sudah hilang kawalan ke atas sebahagian besar bandar, demikian menurut ketua pasukan pengaman semalam.
Ia pendirian pertama seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang secara formal membuat kenyataan seumpama itu. PBB menghantar pasukan pengaman awal bulan lalu.
Komen itu muncul ketika pasukan pengaman PBB di Syria dilepaskan tembakan ketika mereka cuba tiba di Haffa, bandar yang menjadi kepungan di sebalik krisis yang berlarutan lebih setahun.
“Ya, saya rasa kami boleh mengatakan begitu (Syria di kancah perang saudara),” kata Herve Ladsous, dipetik CNN dan BBC.
“Sangat jelas, apa yang berlaku sekarang menunjukkan kerajaan Syria sudah hilang (kawalan) di sebahagian besar wilayah, beberapa bandar jatuh kepada pembangkang dan mahu mendapatkan semula kawalan,” katanya.
Jurucakapnya, Kieran Dwyer mengesahkan kenyataan itu, yang diberikan kepada dua agensi berita, dengan stesen antarabangsa CNN.
Bagaimanapun katanya, melabelkan perkembangan semasa sebagai “konflik” tidak penting.
“Sama ada kita memanggilnya sebagai perang saudara, sama ada kita memanggilnya sebagai separa perang saudara, perang saudara di beberapa tempat, pokoknya ia semakin meningkat, di sebahagian besar kawasan di Syria,” kata beliau.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton mendakwa Rusia menyediakan helikopter-helikopter penyerang kepada kerajaan Syria.
Katanya, tindakan itu akan meningkatkan konflik di Syria secara “dramatik.”
Rusia pula mempertahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa bekalan senjata kepada Syria tiada kaitan dengan konflik.
LAGI VIDEO :
YA ALLAH SELAMATKAN SAUDARA-SAUDARAKU DI SYRIA...AMIN..
No comments:
Post a Comment