JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, July 5, 2012

KHASIAT MADU


89
 
5
 
 
madu-lebah
Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran,
Surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”.

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia.

Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat.
Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah.
Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu lebah.
madu-lebah
BAYI/KANAK-KANAK
a)     Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b)    Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c)    Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d)    Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
LELAKI:
a)    Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b)    Menguatkan tenaga batin.
PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu     lebah)
IBU MENGANDUNG
a)    Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b)    Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
ANAK DALAM KANDUNGAN
a)    Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
b)    Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
c)    Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
d)    Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e)    Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a)    Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b)    Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c)    Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d)    Mengelak dari kembung perut bayi.
BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a)    Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
b)    Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
UNTUK SEMUA:
a)    Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b)    Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c)    Memulihkan penyakit berpanjangan.
d)    Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e)    Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f)     Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g)    Memulihkan batuk dan lelah.
h)   Menghindarkan badan letih dan lesu.
i)     Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j)      Baik untuk perempuan bersalin.
k)    Membantu/menerangkan pemandangan.
CARA MENGGUNAKANNYA
1)    Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2)    Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3)    Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4)    Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5)    Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6)    Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7)    Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8)    Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9)    Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
PERHATIAN!
  • Jangan disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
    Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
  • Jauhkan dari litar elektrik.
  • Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
  • Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !