Sepasang suami isteri mengamuk di JPM
Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
[DIKEMAS KINI JAM 7.15 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.
Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Lagi Ceritanya..


Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM

by HARIAN METRO on 10 JULY, 2012

Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM : jayanegara1234.blogspot adalah nama blog lelaki yang mengamuk dan mengaku sebagai Imam Mahadi di JPM semalam.
Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM

Membaca blog jayanegara, mungkin agak memeningkan kepala, namun dengan sedikit pembacaan di setiap entri, “kemungkinan” ianya mampu memberikan sedikit bayangan kepada sifat sebenar lelaki ini.
Khalil Afandi Hamid, 47, bapa kepada seorang anak dan Muhdalina Ahmad, 28, ibu kepada 2 orang anak telah di tembak oleh pihak polis berikutan kes amuk yang terjadi di bangunan JPM Putrajaya semalam.
Terdapat satu tulisan di blog jayanegara yang mungkin memberikan jawapan kepada persoalan sama ada dia Imam Mahadi atau sebaliknya. Tulisan tersebut seperti dibawah;
Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM
Setelah beberapa pencarian dilakukan lelaki ini juga mempunyai satu lagi blog baru, gilaapamanusia.blogspot, namun tiada entri yang dibuat. Kedua-dua suspek yang dikatakan menganggur itu mengenali antara satu sama lain sejak seminggu lepas.
Antara Kenderaan Yang Menjadi Mangsa semalam
Bagaimanapun, sebagai orang Islam marilah kita bersangka baik kepada lelaki tersebut (Khalil Afandi Hamid) yang telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya semalam. Al Fatihah kepada arwah, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan umat Islam yang beriman.. Forblogger
Sumber Video :


Untuk Sumber Yang Lain..
Selidik :
1. Untuk ke Blog Jaya Negara : http://jayanegara1234.blogspot.com/ (tak dapat dibuka lagi..)
2. Untuk ke FB personal Jaya Negara :https://www.facebook.com/khalil.afandi.1?sk=wall
3. Untuk ke FB Jaya Negara : https://www.facebook.com/jaya.negara.10


Apa pun marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah KHALIL AFANDI HAMID..janganlah banyak bersangka buruk kepada arwah berdasarkan pembacaan di blog dan fb dia..juga jangan jadikan kes ini kisah politik, kasihanilah arwah..maafkan dia jika dia ada buat salah..