JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Tuesday, July 3, 2012

Bagaimana Artis Diperalat oleh Illuminati?


Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri tentang sesetengah artis yang mencapai Kemuncak seninya dan terus berada di atas, meskipun muzik atau lakonannya biasa-biasa sahaja?

Bagaimana mungkin seorang yang tidak tahu apa-apa, ataupun hanya memiliki sedikit pengetahuan dalam muzik menjadi seorang bintang rock? Dan mengapa sesetengah orang yang penuh bakat dan idea tidak mendapat peluang?

Nasib buruk? Tidak, bintang rock “OTAI” dan pelakon sebenarnya banyak diperguna oleh Illuminati. Sebahagian mereka telah dibentuk sejak daripada hari kelahirannya untuk menjadi boneka para Elit, dan sesetengah mereka dipilih kemudian kerana memiliki “sikap yang sesuai” dan boleh bekerjasama.

Golongan muda tersebut di bawa masuk ke dalam occult; pergerakan rahsia seperti Freemason, Ordo Templi Orientis (O.T.O), pergerakan Rosicrucian, Saintologi dan seumpamanya.

Dalam lingkungan kultus berkenaan, mereka diajar cara berfikir dan bertindak demi melaksanakan Agenda. Beginilah taktik yang dirancang para Elit dalam mencapai matlamat mereka dengan memperalatkan seni:
Antara Artis-artis Tajaan Illuminati Yang Dibunuh Oleh Konspirasi Gelap
Gerakan Illuminati merancang satu fasa baru dalam misi mereka untuk merampas kuasa. Kebanyakan perancangan tersebut bersifat politik dan kewangan, serta berlaku di sebalik tabir.

Tetapi dua daripada instrumen terkuat mereka ialah Hollywood dan Industri Muzik, kerana melalui medium inilah mereka dapat menjangkau orang ramai. Jadi mereka menetapkan satu haluan baru demi menggalakkan strategi terbaru.

Mereka memperalat golongan yang mindanya telah dikawal (pemuzik / pelakon / penerbit dan lain-lain) untuk menetapkan trend, menjanjikan mereka kekayaan, dadah, kumpulan dan / atau apa sahaja yang mereka inginkan demi kepuasan diri.

"Artis-artis" ini selalu dipromosikan dengan menggunakan teknik yang dipelajari dari Nazi Jerman, yang telah membangun teknik paling luar biasa untuk memanipulasi orang ramai sebagaimana yang pernah dilihat dunia.

L. Ron Hubbard, pengasas Saintologi, mengaku secara terbuka (kepada pengikutnya) bahawa beliau menggunakan Mesin Propaganda Goebbels untuk memancing orang ramai ke dalam kultus berkenaan (dan menahan mereka di dalamnya).

Illuminati tiada masalah mempromosikan apa juga yang mereka inginkan, dan membuat orang bertindak balas sebagaimana yang mereka rancangkan.

"Trend-Makers" (The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya) menetapkan arah tuju trend baharu, dan orang ramai akan mula menyembah berhala baru tersebut.

Pemuzik lain (selalunya lebih berbakat) mengikut trend tersebut dan mencipta idea baru mengikut versi masing-masing. Pemuzik berkenaan boleh jadi orang biasa seperti kamu dan saya, yang tidak pernah dekat dengan Kawalan Minda Kerajaan.

Minda pemuzik (dan pelakon) tersebut tidak perlu terlalu dikawal untuk mereka melaksanakan Agenda para Elit tanpa mereka sedari. Mereka hanya perlu melompat ke dalam bandwagon dan kesannya bermula sendiri.

Justeru, pihak Illuminati yang memulakan trend berkenaan dapat duduk semula dan menonton. Kita, rakyat jelatalah yang melaksanakan perkara lainnya untuk mereka.

Pemuzik dan pelakon berbakat lainnya, yang mewujudkan seni di luar matlamat Agenda – atau menentangnya – tidak berpeluang untuk menyampaikan mesej mereka dengan meluas. Ini kerana tiada pihak atasan Industri (di mana wang berada) yang bersedia untuk mempromosikan mereka.

Pihak International Bankers (Illuminati) yang sebenarnya memiliki Industri ini. Sebaik sahaja seseorang mencipta sesuatu (mungkin muzik, label baru dengan idea-idea yang bertentangan atau sesuatu yang serupa) yang menentang Agenda, Illuminati akan membelinya dengan pantas. Jika mereka menolak, mereka akan diancam. Kita semua pernah menonton filem mafia. Begitulah caranya berlaku.

Walau bagaimanapun, program kawalan minda Illuminati (melalui MK Ultra, Monarch dan lain-lain) tidak berfungsi 100%. Semangat manusia itu kuat. Orang pintar seperti John Lennon, Jim Morrison, Curt Cobain, Jimi Hendrix dan lain-lain mula mengambil tindakan MENENTANG apa yang telah dikawal dan diprogramkan terhadap mereka.

Penamat kisah mereka amat menyedihkan, saya takut - mereka semua telah dibunuh. Tetapi kebenaran akan keluar secara meluas hari ini, dan keberanian mereka akan diketahui.

* Sumber: Illuminism – The Occult Force Behind Globalization oleh Wes Penre


Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2012/05/bagaimana-artis-diperalat-oleh.html#ixzz1zXfxAFyX


juga di SUMBER ini

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !