JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Sunday, June 24, 2012

update kisah bom di sungai petani..


Kotak "Hadiah" berisi Bom Buatan di Sungai Petani.


Seorang suri rumah yang cedera parah akibat terkena bom buatan sendiri yang dibungkus dalam kotak 'hadiah' di depan rumahnya di Taman Angsana Sari di sini kelmarin meninggal dunia pagi semalam.
Tan Chin Fang, 48, yang putus kedua-dua belah tangan, perut terburai dan buta kedua-dua belah mata meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Suami mangsa, Ng Cheng Siang, 49, berkata, kematian isterinya adalah ekoran kecederaan teruk di perut dan tangan.
Menurutnya, Chin Fang yang dikejarkan ke Hospital Pakar Metro di sini sejurus kejadian telah dipindahkan ke HSAH bagi menjalani pembedahan selama lebih lima jam.
"Selepas pembedahan, dia kelihatan semakin lemah sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia," katanya di sini semalam.
Mangsa meninggalkan empat orang anak iaitu Ng Ru Sze, 18, Ng Han Sze, 17, Ng Yu Sze, Ng Yu Sze, 16, dan Ng Lip Sze, 10.
Menceritakan semula kejadian itu, Cheng Siang yang merupakan pemilik kilang mi memberitahu, ketika letupan itu berlaku pada pukul 8.20 pagi kelmarin, dia bersama dua anaknya berada di dalam rumah.
"Tiba-tiba kami terkejut mendengar isteri dan anak saudaranya menjerit kesakitan dan kami yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mereka berlumuran darah," katanya.
Cheng Siang mendakwa, sebelum ini dia pernah menerima dua ugutan daripada musuh perniagaannya sejak November tahun lalu dan satu laporan polis telah dibuat berhubung ugutan tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, seorang lelaki yang ditahan sejurus selepas kejadian itu kelmarin direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita cedera parah selepas terkena bom buatan sendiri yang disyaki dihantar oleh pesaing perniagaan suaminya dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi.
Selain Chin Fang, anak saudara lelakinya berusia 11 tahun turut cedera ringan di mata dan telinga. Kanak-kanak itu menerima rawatan sebagai pesakit luar HSAH.

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !