Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.
Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:
Pertama:
Mendapat 10 pahala dengan pemberian makan kepada fakir miskin.
Kedua:
Mendapatkan pahala sehingga 70 adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Ketiga:
Mendapat 700 pahala ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.
Keempat:
Mendapat 7000 pahala ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.
(Dipetik dari Kitab Durratun Nasihin)
kredit untuk : http://wanwma.com/
No comments:
Post a Comment