JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, June 21, 2012

Keutamaan menjadi Imam dalam sembahyang (lebih afdhal)

imam, keutamaan imam dalam sembahyang, siapa lebih layak menjadi imam,


Tugas menjadi imam bukan suatu yang mudah. Beberapa aspek yang harus dijaga dan dinilai. Untuk menjadikan solat berjamaah itu lebih sempurna diperturunkan sedikit panduan untuk para imam antaranya:
  • Jangan menjadi imam jika para makmum kurang senang terhadapnya atau tidak bersetuju kepadanya.
  • Bila menjadi imam hendaklah berikhlas kepada Allah Taala sebagai seorang menunaikan amanah.
  • Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah dia memeriksa saf-saf supaya rapat.
  • Imam hendaklah mengangkat suara ketika melafazkan takbiratul ihram dan juga apabila menyebut takbir-takbir perpindahan rukun fi’li kepada rukun lain.
Secara ringkas susunan dibawah adalah yang lebih diutamakan menjadi imam. Jika terdapat beberapa orang yang layak menjadi imam, maka orang yang mempunyai ciri-ciri berikut hendaklah diutamakan.
  1. Yang lebih fakih (tahu hukum hakam) mengenai solat. Jika ada persamaan hendaklah didahulukan.
  2. Yang lebih Qari (yang pandai membaca Al-Quran). Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  3. Yang lebih warak dikalangan mereka. Jika ada persamaan, hendaklah didahulukan.
  4. Yang dahulu menunaikan haji. Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  5. Yang lebih dahulu masuk islam. (Lebih lama memeluk islam).
  6. Yang berbangsa arab. Mungkin dari segi keturunan.
  7. Anak orang soleh, atau anak alim.
  8. Yang masyhur dengan kebajikan.
  9. Yang lebih bersih pakaiannya.
  10. Yang lebih bersih badannya.
  11. Yang lebih baik kepandaiannya.
  12. Yang lebih baik suaranya.
  13. Yang lebih elok paras rupanya.
  14. Jangan tolak menolak menjadi imam.
Ketahuilah tertib ini hanyalah menjadi panduan untuk memilih siapakah yang lebih layak dipilih untuk menjadi imam ratib, atau imam semasa.
Jika sesuatu masjid atau tempat itu sudah ada imam ratib, maka imam ratib itulah yang lebih layak mengimami solat solat walaupun ketika itu ada orang yang lebih alim, seperti pelajar-pelajar agama, tahfiz, ustaz-ustaz yang mengajar kelas agama atau kelas fardhu ain dan sebagainya datang ketempat itu.
Namun begitu, jika imam ratib sudah mempersilakan seseorang yang lebih utama dari dirinya menurut ciri-ciri yang telah disebutkan diatas tadi, makan bolehlah orang itu mengimami solat disitu.
Nota tambahan: Juga perlu kita ketahui, hanya sultan sahaja yang jika ia menziarahi kemana sahaja kawasan jajahannya, maka dia lebih layak menjadi imam walaupun ada imam ratib disitu.
Hadis riwayat muslim: 289-291
Dari abi saedal hadari berkata: (Bersabda, Rasulullah S.A.W)
Jika mereka bertiga, hendaklah seorang daripada mereka tampil menjadi imam. Orang yang lebih berhak menjadi imam itu ialah yang terpandai dalam bacaan al-qur’an.
Kita harus bersedia untuk menjadi imam. Sekurang-kurangnya jadi imam untuk keluarga kita sendiri. Ayuh, tingkatkan lagi ilmu dalam bidang imam dan makmum ini.
Sumber buku: Panduan Solat berjemaah, Serta Panduan Imam dan Makmum. (Ustaz Khaidir Bin Husin) Muka surat 233-234.
sumber : http://zikrihusaini.com/keutamaan-menjadi-imam-dalam-sembahyang-lebih-afdhal/

JOM TENGOK VIDEO NI, KECIL LAGI SUDAH BOLEH JADI IMAM..BACAANNYA PUN BAGUS

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !