Dipetik dari teks khutbah bertajuk KELEBIHAN BULAN SYAABAN :
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kini kita berada pada 1 Syaaban. Bulan
yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan
keistemewaannya. Bulan Syaaban adalah masa untuk kita mengejar kebajikan
sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan
Ramadhan yang merupakan medan ibadah bagi umat Islam. Dalam sebuah hadith
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban di atas semua
bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan
Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua
hamba-Nya”. Bulan
Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita sebagai umatnya berbagai ganjaran
yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. As-Syeikh
Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun
Nasihin menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sesungguhnya Allah SWT telah
menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang
mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat,
sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh.
Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah
SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam,
kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya,
sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah
SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan
ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith yang
menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini antaranya ialah sebagaimana hadith yang diriwayatkan
Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH :
Bermaksud:“ Maka tidaklah
aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan,
dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan
Syaaban. ”
(Riwayat al –Bukhari)
Antara amalan
yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah ibadah puasa. Amalan ini
bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar kerana ia benar-benar
menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah
antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini
bertepatan dengan sabda Rasullullah SAW apabila ditanya
apakah bulan selepas Ramadhan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab
bermaksud,“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”. Nabi SAW
ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah
dibulan Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmizi)
Pada bulan
Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam
iaitu malam nisfu syaaban. Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah SWT
telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan memberi keampunan kepada
mereka kecuali yang syirik kepada-Nya. Sabda Rasulullah SAW menerusi hadithnya
yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA :
Bermaksud: “Allah SWT
melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni
makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”(Riwayat Ibn Majah)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini
maka umat Islam di anjurkan pelbagai ibadah antaranya, Pertama:
Melakukan ibadah puasa sunat dan qiyamullail, Inilah ibadah yang paling
diutamakan oleh Rasulullah SAW pada bulan yang mulia ini. Rasulullah SAW
memperbanyakkan ibadah puasa sunat pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah
peluang ini untuk membiasakan diri kita dengan ibadah puasa supaya ianya tidak
menjadi keberatan apabila tibanya bulan Ramadhan. Melakukan Solat tahajjud dan
solat sunat taubat amatlah ditekankan terutama pada malam Nisfu Syaaban. Inilah
masa yang sesuai untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan
dan kerahmatan dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu
berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah
SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana
orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana
orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang
yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana
adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)
Kedua:
Memperkukuhkan tali silaturrahim sesama manusia. Hubungan sesama manusia
amatlah penting kerana ianya bersangkutan dengan hubungan manusia dengan Allah
SWT. Leraikanlah permusuhan sesama kita dan saling bermaafan kerana Allah SWT
tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia selagi mana mereka saling
bermaafan. Sucikan diri dari perasaan dendam dan dengki sesama muslim sebelum
tibanya Ramadhan supaya amal ibadah pada bulan yang berkat ini dapat dirasai
kemanisannya. Ketiga: Beristiqamah melaksanakan amal ibadah
dan kebajikan. Amal ibadah yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan
jiwa kita sentiasa tetap dengan pendirian. Beristiqamah membawa maksud sentiasa
melakukan amal ibadah tersebut tiap-tiap hari walaupun hanya sedikit atau
sekejap masa yang diambil untuk melaksanakannya. Keempat: Memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ramai
yang tidak menyedari bahkan alpa dengan segala dosa yang dilakukannya saban
waktu. Dosa yang dilakukan semakin hari semakin bertambah terutamanya dosa-dosa
kecil yang datang dari perbuatan manusia samada melalui percakapan,
penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Semua dosa ini sebenarnya telah menjadi
titi-titik hitam di dalam hati yang menyebabkan hati menjadi semakin keras.
Lebih membimbangkan, hati akan jauh dari petunjuk Allah SWT. Perbanyakkan
berdoa dan memohon ampun daripada Allah
SWT kerana selagi pintu keampunan itu terbuka. Allah SWT berfirman di dalam
surah Huud ayat 3:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu,
kemudian bertaubatlah kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan hidup yang
baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada setiap
orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka
sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar
menyeru marilah sama-sama kita mengambil peluang keemasan pada bulan yang mulia
ini dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia satu keadaan di mana kita
berpeluang untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menebus segala dosa di atas segala
kesalahan-kesalahan lalu. Yakinlah bahawa manusia tidak akan sepi daripada
melakukan dosa. Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk
mendekati diri kepada Allah SWT. Marilah kita semasa masih sihat,
bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri,
sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan
setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan
sesama manusia selari dengan al-Quran dan al-Sunnah. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah
SWT di dalam surah al-An’am ayat 122 :
Maksudnya: “Dan adakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia
semula, dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi untuk ia berjalan
dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, sama seperti yang tinggal
tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar daripadanya?Demikianlah
diperlihatkan pula pada pandangan orang kafir itu akan keelokkan apa yang
mereka telah lakukan.”
Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban..
Hadith:
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
sumber : http://www.islam.gov.my/
Mohon share boleh?
ReplyDeleteboleh cik farwizah..kita sm2 share ilmu brmanfaat ni, moga2 jd saham akhirat..insyaAllah..
Delete