kredit gambar : ayieblog.com
1. terus menerus mendalami ilmu dan mengamalkannya
2. bersikap sopan
3. merendah diri
4. tak berdoa untuk megah
5. lemah lembut dengan pelajar2 dan bersikap keras dengan orang yang derhaka
6. memperelok jawapan kepada orang yang tidak tahu
7. tak kerap mengakui "saya tak tahu"
8. bersikap jujur di kala di tanya untuk memberi kepuasan kepada orang yang bertanya
9. tak memberatkan dan memaksa-maksa
10. sudi mendengar hujah sekalipun daripada musuh
sabda Nabi s.a.w. :
"bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan segak tetapi dia ialah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri." (H.R. Ad-Dailani)
"tiadalah sifat lemah lembut pada sesuatu melainkan dia menghiaskannya dan tiadalah ditinggalkan lemah lembut dari sesuatu melainkan dia merosakkannya (mengaibkannya)." (H.R. Adh-Dhiyaa')
"tiadalah patut orang yang tak tahu itu diam di dalam ketidak tahuannya (kebodohannya tanpa bertanya) dan tidaklah patut orang yang berilmu itu diam dengan ilmunya (tak mahu mengajar atau menyembunyikan ilmunya)." (H.R. At Tabarani)
"sesiapa ditanya tentang sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, maka orang itu di hari Kiamat kelak akan dikekang dengan kekang api neraka." (H.R. Abu Daud dan At-Turmudzi)
"tamak haloba itu menghilangkan kebijaksanaan dari hati para ulama'" (Al Hadis)
"seksaanlah bagi umatku kerana ulama' yang fasik." (H.R. Al-Hakim)
No comments:
Post a Comment