JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, January 26, 2012

Ikhwan Muslimin Menjuarai Keputusan Pilihanraya..ALLAHUAKBAR !!!


Ikhwan Muslimin Menjuarai Keputusan Pilihanraya
Wartawan: Ramadhan Awang
KAHERAH, 22 Januari: Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili Ikhwan Muslimin telah memenangi 47% dari keseluruhan kerusi dewan rakyat di parlimen.
FJP telah memenangi 235 kerusi, sebagaimana yang telah diumumkan Abdul Moez Ibrahim, pengarah suruhanjaya pilihanraya semalam.
Parti Nur yang mewakili aliran Salafi pula memenangi 24% dari keseluruhan kerusi.
Parti liberal Wafd memenangi lebih kurang 7% mengikut keputusan yang terkini. Baki 22% dibahagikan antara parti-parti politik yang lain.
Pengarah pilihanraya berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah sebanyak 54%.
FJP telah menamakan Saad Al-Katatni (gambar), anggota Ikhwan Muslimin yang sebelum ini pernah berada di parlimen sebagai calon bebas, untuk dilantik sebagai speaker dewan.
Katatni berkata kepada Reuters bahawa beliau berhasrat supaya dapat berperanan untuk mewujudkan suasana yang bersahabat dalam dewan.
“Keutamaannya adalah untuk memenuhi kehendak revolusi, termasuk hak bagi yang tercedera dan terbunuh ketika rusuhan,” kata beliau.
Perlembagaan baru
Pilihanraya untuk dewan rakyat parlimen ini, yang dijalankan secara tiga peringkat, adalah yang pertama sejak kejatuhan Hosmi Mubarak, yang dijatuhkan dari jawatan Presiden melalui rusuhan pada awal Januari tahun lepas.
Dua per tiga dari 498 kerusi pilihanraya diperuntukkan kepada parti politik yang telah berdaftar (calon parti), manakala satu pertiga dari kerusi-kerusi tersebut dipertandingkan pada peringkat individu.
Sepuluh kerusi diperuntukkan kepada wakil yang dilantik Majlis Angkatan Tertinggi Tentera (SCAF), majlis tentera yang telah memerintah Mesir sejak kejatuhan Mubarak.
“Parlimen yang akan bermula Isnin ini hanya mempunyai kuasa yang terhad,” lapor wartawan Al-Jazeera Sherine Tadros dari Kaherah, ibu negeri Mesir.
“Apa yang paling penting yang akan dilakukan dalam parlimen ini dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang adalah, menyusun badan yang dianggotai 100 ahli yang akan menggubal perlembagaan.”
Pilihanraya untuk dewan negara palimen akan diadakan sepanjang Februari.
Presiden baru akan dilantik pada Jun sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual SCAF. Calon-calon boleh mendaftar untuk pilihanraya tersebut sehingga 15 April.
Tahanan dibebaskan
Dalam perkembangan yang lain, Jeneral Hussein Tantawi, ketua pimpinan SCAF, mengarahkan supaya membebaskan pada hari Sabtu 1,959 orang yang telah ditahan yang ditahan di dalam penjara selepas menghadapi perbicaraan di mahkamah tentera.
“Ia adalah pengampunan terbesar sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Setiap yang dibebaskan ini ditahan setelah SCAF mengambil alih pemerintahan dan mereka telah membicarakan kira-kira 12,000 orang sejak itu,” lapor wartawan Al-Jazeera Sherine Tadros dari Kaherah.
“Kebanyakkan dari yang ditahan dan diampunkan, adalah berkait dengan aktiviti merusuh, menyerang bangunan awam dan sebagainya. Ada banyak perbincangan yang berlaku berkenaan perbicaraan di mahkamah tentera. Wujud gerakan yang besar di sini untuk cuba menghapuskan perbicaraan tentera, yang menurut rakyat, mereka mencabuli hak asasi manusia.”
Maikel Nabil, seorang blogger yang dikenali yang dituduh menghina tentera dan dipenjara dua tahun, adalah antara mereka yang dibebaskan.
“(Nabil adalah) blogger pertama yang ditahan melalui mahkamah tentera pada April tahun lepas… beliau menentang tentera dan bersuara menentang tentera dan menulis tentang tentera dan kes beliau tersebar di seluruh negara disebabkan itu… yang memberi gambaran bahawa negara ini kembali mengikut cara lamanya,” kata Tadros.
“Semua ini berlaku beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun pertama revolusi, iaitu pada 25 Januari. SCAF berusaha untuk menjadikan hari ini sebagai satu sambutan, manakala yang lain cuba untuk menjadikannya hari untuk demonstrasi.”
Perjumpaan pertama badan parlimen FJP
Menurut portal IkhwanOnline, hari ini akan diadakan perjumpaan pertama badan parlimen FJP yang akan dihadiri Dr. Mohd Morsi, presiden parti, yang akan mengutarakan cadangan kepada badan parlimen untuk melantik Dr. Mohd Saad Al-Katatni, setiusaha parti, sebagai speaker dewan. Begitu juga akan dibincangkan tentang pencalonan pemimpin majoriti dan susunan organisasi dalam parlimen.
Kenyataan media akan diadakan pada 3.30 petang ini di ibu pejabat baru parti di Mansour Street, hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri.
PAUTAN2 MENARIK LAIN :

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !