ada 38 ke semuanya yang patut di amalkan..
1. hendaklah seluruh anggota badannya tunduk kepada kebesaran-NYA.
2. perasaannya selalu duka (insaf)
3. selalu mendiamkan diri (berfikir)
4. segala anggotanya tetap
5. bersegera menunaikan segala perintah
6. menjauhi larangan dan mengurangi penentangan terhadap Allah SWT.
7. bagus AKHLAK
8. selalu berZIKIR
9. menenang dan mengheningkan fikiran.
10. mengawal seluruh anggota dari membuat dosa
11. mempunyai kesenangan hati
12. membesarkan Allah SWT
13. mengurangi kemarahan
14. menyembunyikan kasih (biarlah Allah saja yang mengetahuinya)
15. sentiasa IKHLAS dan tak memandang kepada orang2 tertentu
16. mengutamakan perkara yang benar
17. berputus asa dari bergantung kepada makhluk Allah
18. beramal dengan IKHLAS
19. percakapan yang BENAR
20. membersihkan pandangan dari memandang apa yang di haramkan Allah.
21. menghidupkan perkara2 yang mendekatkan diri kepada Allah.
22. hendaklah menyedikitkan isyarat (dalam ibadat)
23. sembunyikan kepentingan dalam beribadat (tanpa riya')
24. merasa cemburu di atas penukaran nama (nama2 yang digunakan manusia untuk sesuatu tujuan tertentu yang kerap kali tidak sesuai dengan sifat dan keadaan2 yang berlaku-penterjemah)
25. merasa marah di kala melihat perlanggaran hukum Allah
26. merasakan kehebatan kekuasaan Allah
27. merasakan malu kepada Allah
28. bersikap takut dan tetap pendirian
29. berserah diri kepada Allah dengan memperbaguskan usaha
30. menyempurnakan wuduk dengan membasuh atau menyapu tempat2 yang kurang disenangi
31. menunggu-nunggu untuk solat selepas habis solat
32. gentar hati (bimbang) kerana takutkan keluputan mengerjakan kefardhuan (seperti solat 5 waktu)
33. tetap bertaubat dan takutkan bencana
34. mempercayai perkara ghaib
35. gementar hati dikala berzikir
36. bertambah cahaya bati dikala menerima nasihat
37. benar2 berserah kepada Allah dikala susah dan senang
38. mengeluarkan sedekah menurut keupayaan dan tidak kedekut
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"wahai anak Adam, taatilah Tuhan anda nescaya anda dinamakan orang yang berakal dan janganlah anda derhaka kepada-NYA nanti anda anda dinamakan orang yang bodoh (tak mengerti)." (H.R. Abu Nu'aim)
"Rasulullah s.a.w selalu menyebut (mengingati) Allah pada setiap waktunya." (H.R. Muslim)
"Siapa mencintai Allah tentulah di bersifat malu." (Al-Hadis)
"Hendaklah kamu menaruh perasaan malu kepada Allah sebenar-benar malu." (H.R. At-Turmidzi)
"kebaktian yang paling disukai Allah ialah yang terus-menerus dilakukan meskipun sedikit." (H.R. Bukhari dan Muslim)
"sentiasalah kamu melakukan kebaktian menurut kesanggupan. Demi Allah, tidaklah Allah akan merasa bosan (jemu untuk memberi pahala) sehingga kamu lebih dahulu merasa bosan." (H.R. At-Turmidzi)
arnab ini pun tahu bersyukur kepada Allah..kita sebagai manusia macam mana pula..?
No comments:
Post a Comment