JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, January 20, 2011

Sudahku tahu, Tapi....

Hari ini banyak benar dosaku pada-NYA... tapi aku tak pernah sedar, yang aku tahu ialah menuruti kemahuan hawa nafsuku yang tak pernah puas serta dihasut pula oleh rakan baik baik nafsu iaitu syaitan....tak apalah, aku keluar bekerja juga untuk mencari rezeki daripada-NYA....akan tetapi.....rezekiku hari ini diambil oleh orang lain, aduhh, geramnya akuuuu, aku mencari salah orang itu dan orang ini, tapi  tidak ketemu juga jawapan yang konkrit.....sehinggalah....aku tersedar bahawa akulah punca semua itu berlaku, aku sambil lewa dalam menunaikan solat, aku terlampau ikutkan syaitan dan hawa nafsuku, aku menyakitkan hati ibubapaku dan yang paling buat aku terkilan ialah umur aku makin meningkat tapi amal ibadat aku semakin berkurang !!! aku kata aku sibuk, aku tiada masa, aku ada kerja...ahhh mengarutnyaaaa aku ni !!! aku tak layak untuk menikmati rezeki dari-MU, apatah lagi syurga-MU....tapi syukur alhamdulillah, diwaktu malamnya aku bersama orang2 yang baik hati dan orang yang berpegang dengan agama Allah....insyaAlah aku mahu berubah menjadi lebih baik serta terus meningkat dari masa ke semasa dan aku tidak mahu menjadi seperti yoyo lagi, ke bawah dan keatas sesuka hati, apa yang aku perlukan adalah konsistensi...juga sokongan rakan2, keluarga, Allah dan yang paling penting ialah diri aku sendiri mahu berubah !!!...Allahuakbar !!!

Terimalah "Andaiku Tahu" dari Ungu....tapi yang pasti kita semua sudah tahu dan pasti ianya akan berlaku jua...jadi apa tunggu lagi !!! tunaikan kewajipanmu dan banyakkan amal ibadatmu !!!



Dan ku inginkan syurga-MU...

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !