JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Saturday, October 30, 2010

Pengunjung ke-2010

Entri kali ini lambat sikit dibuat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, berbalik kepada pengunjung blog yang ke-2010 ini, baru sahaja dicapai dua hari lepas. Apa yang istimewa sangat 2010 itu??? yalah, sekarang inikan tahun 2010(mesti anda smua tertanya-tanya apa yang istimewa sangat...hehe). Tambah 1 lagi sebagai top fans hehe.

Siapakah gerangannya pengunjung ke-2010 itu???? blog apa??? dia ialah R@wshade dari blog Hijau Bumi Tuhan @ http://rawshade88.blogspot.com/,  tunggu pula yang seterusnya ya hehe, jika ada yang istimewa lagi maka akan wujudlah lagi entri yang seakan-akan entri ini & kepada R@wshade harap-harap dia berbahagia apabila membaca entri ini, insyaAllah......


Tahniah !!!

(Gambar dari Encik Google)

Thursday, October 28, 2010

Tujuh keajaiban dunia



Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 keajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.
Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc
Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai
Kelas pun sunyi sekejap….
Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.

Wednesday, October 27, 2010

KEBAIKAN SOLAT BERDASARKAN KAJIAN SAINS

sila hayati video ini untuk keterangan lanjut berkaitan entri saya tentang hikmah solat sebelum ini....





subhanallah !!! sesungguhnya DIA mengetahui apa yang kita tidak tahu...

Untuk maklumat lanjut layari http://www.sainssolat.com/

Monday, October 25, 2010

KFC Bakal Milik Syarikat Malaysia ???

Tan Sri Ali Hashim 

Entri kali ini sepatutnya ditulis kelmarin tapi sebab tak sempat maka ditulis hari ini. Kali ini aku mahu menulis tentang Tan Sri Ali Hashim iaitu salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, tapi kenapa aku mahu menulisnya????

Jawapannya kerana beliau adalah pemilik KFC Holdings yang menguruskan francais KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat induknya iaitu JCORP, juga melalui apa yang diberitahu oleh ayah aku yang menghadiri forum yang dianjurkan oleh NGO iaitu HALUAN yang mana beliau adalah salah seorang panelis. Beliau mempunyai wawasan untuk memajukan ekonomi umat islam yang sekian lama terkebelakang dalam bidang perniagaan. Selain itu aku juga ingin memohon maaf atas entri tentang KFC sebelum ini yang mungkin menyinggung perasaan orang-orang seperti beliau yang ikhlas untuk membantu islam, di mana melalui maklumat yang didapati dari forum tersebut diberitahu bahawa terdapat usaha dari beliau untuk memiliki KFC sepenuhnya dari syarikat induknya di USA yang mengalami masalah kewangan akibat krisis ekonomi dunia yang berlaku tak lama dulu.

Jadi, kenapa KFC??? ini kerana KFC itu sendiri sudah terkenal diseluruh dunia seperti mcdonald, nestle dan banyak lagi lagi syarikat-syarikat lain, jadi tidak perlu lagi kos pengiklanan yang banyak serta mampu mengurangkan kos.  Selain itu mampu disajikan pula makanan halal kerana orang atasnya adalah islam. Memanglah pengasas KFC bukanlah seorang islam tapi syarikat boleh dimiliki oleh siapa saja yang berduit untuk menguasai saham terbesar lalu menjadi pemilik syarikat, tapi yang penting pemiliknya orang islam, insyaAllah....


Maklumat Lanjut :






Sunday, October 24, 2010

HIKMAH DALAM BERWUDUK



1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Wednesday, October 20, 2010

KITA FIKIRKAN...TAPI PERNAH TAK KITA TERFIKIR....

KITA FIKIRKAN...
Bila tiada duit, boleh saja minta pada ibubapa.


TAPI PERNAH KE KITA FIKIRKAN...
Macam mana susahnya ibubapa kita cari duit.






KITA FIKIRKAN...
Kita sudah besar panjang maka kita boleh buat apa yang kita suka.


TAPI PERNAH KE KITA FIKIRKAN...
Ibubapa kita sentiasa risaukan kita, takut apa-apa terjadi kepada kita






KITA FIKIRKAN...
Negara kita sudah aman damai maka tak perlu risau lagi.


TAPI PERNAH KE KITA FIKIRKAN...
Negara di luar yang dulunya aman dan kini menjadi huru-hara boleh brlaku juga pada man-mana negara.








KITA FIKIRKAN...
Kita suka makan makanan yang sedap-sedap dan akan merungut bila tak sedap serta suka pula membazir.


TAPI PERNAH KE KITA FIKIRKAN...
Ada orang yang tak pernah cukup makan kerana krisis makanan serta kemiskinan, apatah lagi yang sedap-sedap.






KITA FIKIRKAN...
Kita sudah cukup bersyukur kepada Allah SWT apabila bersolat serta menjalankan ibadah-ibadah wajib.


TAPI PERNAH KE KITA FIKIRKAN...
Untuk menjaga hubungan dengan Allah adalah setiap masa dan ketika, tidak terhad pada ibadah wajib saja.

Monday, October 18, 2010

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT












Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
 
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
 
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
 
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
 
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi
(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu 
(Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin 
(Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
 
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
 
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
 
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
 
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
 
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
 
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
 
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
 
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
 
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik)seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
 
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46

Sumber : http://www.angelfire.com, kredit juga kepada penulis artikel ini

Sunday, October 17, 2010

Jangan Main-Main Dalam Kelas Ya.....

Anda tengok dan faham-faham sendiri...

Hikmah Solat Di Awal Waktu



Bab solat awal waktu ini aku pun tak berapa mampu kuasai lagi,solat juga tapi selalu terlambat sikit dan tak dapat berjemaah pula, mungkin masih lagi hati ini lemah menghadapi musuh-musuh yang ada disekeliling, tapi masih berusaha untuk melakukannya, disenaraikan hikmah solat diawal waktu (jika boleh berjemaah di masjid atau di surau lagi bagus) :

Subuh : memperoleh kekuatan, murah rezeki dan melancarkan komunikasi.
Zohor : Berasa gembira.
Asar : Minda menjadi kreatif.
Maghrib : Keyakinan diri.
Isyak : Ketenangan diri.

Diperoleh dari satu sumber yang agak panjang tapi diringkaskan untuk bacaan anda semua serta perlu dilakukan beserta rasa khusyuk, ikhlas dan menghindarkan diri dari melakukan dosa barulah semua yang diatas itu akan menjadi kenyataan wassalam...

Saturday, October 16, 2010

Adakah aku terlalu ego....

Aku marah apabila di tegur oleh...

...ibu bapa yang telah menjaga dan mendidik aku sejak aku kecil....
...adikku dan orang yang lebih muda kerana aku menganggap mereka tidak layak untuk menegur kerana aku lebih tua dari mereka...
...kakak dan abangku kerana berasakan sudah cukup berilmu...
...saudara maraku serta datuk dan nenekku...

walaupun mereka menegur ke arah kebaikan serta untuk mendapat redha Allah SWT, tapi aku masih ego...

....Adakah aku ego dengan Allah SWT yang menciptakan alam termasuk diriku ini juga???
....Adakah aku sebagai manusia yang banyak kelemahan ini layak untuk memiliki sifat ego ini ???
....Jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI !!!

Friday, October 15, 2010

KENAPA AWEK TAK MAHUKAN SAYA??


Kisah ini didapati dari rakan saya di facebook, apabila terbaca saya pun ada terasa sikit juga, semoga kita memahami maksud kisah ini secara mendalam

Zarif : Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.

Zarif : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…

Hafiz : Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…

Zarif : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?

Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?

Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz : Lagi?

Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?

Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…

Hafiz : Hmmmmm…

Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.

Zarif : Wow cerita sikit…

Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.

Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.

Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.

Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.

Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.

Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?

Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.

Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam

Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

Untuk Lebih tahu :
http://lasiaf87.wordpress.com/2007/05/09/tiada-couple-dalam-islam/


Thursday, October 14, 2010

Sikit Pun OK Laa....


Sebenarnya takkan siap sampai bila-bila pun penambahbaikan blog ini, sebab biasalah manusia mana pernah puas dengan benda yang sedia ada, contohnya komputer sudah canggih tapi tiba-tiba keluar yang lagi canggih, berebut-rebutlah manusia-manusia yang berduit untuk membeli komputer itu.

Begitu juga ada manusia yang bekerja sehari suntuk untuk memuaskan hati manusia yang lain, begitu juga sebaliknya. Senang kata, manusia saling memerlukan antara satu sama lain, setiap dari manusia mempunyai kebolehan yang berlainan, lebih tepat lagi ada manusia yang tak memiliki kebolehan itu lalu memerlukan bantuan manusia lain. Lalu kebolehan itu perlu diaplikasikan untuk membantu manusia lain tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Tapi lumrah manusia, kadang-kadang ada yang tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat dari Tuhan dan yang tak dapat pula merungut dengan tidak menyedari bahawa itu adalah kehendak Tuhan. Memang tepatlah maksud 'insan' dalam bahasa arab yang bermaksud pelupa (seperti yang aku pernah dengar dari satu ceramah, jika silap tolong betulkan ya), manusia mudah lupa dengan nikmat Tuhan mereka, dalam ertikata tak bersyukur, aku pun kadangkala terbabas juga, jadi sama-samalah kita berpesan dengan kebenaran...wassalam...


Wednesday, October 13, 2010

Blog & Rawshade...



Masa ini tengah menambahbaik blog, harap kepada sesiapa saja yang terbaca entri ini memberi sedikit pendapat, teguran, kritikan (jangan kritik teruk sangat tau) atau apa sajalah yang anda tahu....

Makan durian di dalam dusun pak bakar,
Durian dimakan di dalam pak bakar punya dusun,
Saya masih baru belajar,
Jika salah tolong jangan marah saya tau. :)

Buat Rawshade @ http://rawshade88.blogspot.com/  yang juga merupakan rakan seIPTS, sekerja, seFB, seBLOG dan juga sahabat saya untuk kategori-kategori lain. Merupakan pengikut pertama saya di blog ini, tahniah kepada anda ya, disebabkan ringannya dompet saya ini maka saya hanya mampu mengadiahkan satu pantun kepada anda dan kepada semua pengikut serta pengunjung blog ini, baca baik-baik ya :

ronda-ronda kotaraya,
naik pula proton saga,
terima kasih banyak-banyak la hahaha.

Bangun Pagi....

Anda bangun bila matahari sudah terbit atau belum??? itulah persoalannya dan bila sudah bangun tu, apa yang anda fikirkan terlebih dulu??? mengikut statistik tak rasmi aku (seperti yang pernah dialami juga), mestilah yang masih bersekolah teringatkan gurunya, yang bekerja teringatkan bosnya ditempat kerja marah sebab takut lewat nnati kena potong gaji, yang di IPTA @ IPTS teringatkan pensyarahnya dan sebagainya. Tapi tahukah anda apa yang perlu anda ingat setiap kali bangun pagi??? jika kita sebagai islam mestilah ingatkan tuhan kita dahulu iaitu Allah SWT,bersyukur kepada-NYA kerana masih membangunkan kita untuk menempuhi hari yang baru pula, bagaiman cara untuk bersyukur ni??? tak lain tak bukan dengan mengerjakan suruhan-NYA & meninggalkan larangan-NYA, sudah tentulah tak lain tak bukan solat subuh (lepas subuh pula tak digalakkan tidur sebab ianya mewarisi kepapaan...).

Solat subuh ini juga banyak kebaikannya berbanding solat fardhu yang lain (jika dilakukan pada awal waktu & penuh khusyuk la...), islam meletakkan solat subuh sebagai penilaian kepada ibadah yang lain, elok solat subuhnya maka eloklah ibadah-ibadah yang lain..

Dikatakan orang-orang yahudi akan mula gerun pada orang-orang islam apabila solat subuh itu jemaahnya sama ramai dengan jemaah solat jumaat..sekian, wassalam.
 http://www.e-solat.gov.my


Moralnya : solat itu tiang agama (terutama yang fardhu)

Penjelasan Berhubung Isu Air Di Kedah

Orang Kedah Patut Tau Pasai Ni....Tak Tau, Leceh La...

Tuesday, October 12, 2010

AkhirnyaKu Temui Musuhku Yang Sebenar...


Musuhku syaitan....aku sudah tahu, tapi kenapa mudah benar aku terpedaya dengan tipudaya musuhku yang direjam itu

Musuhku Nafsu....aku sudah tahu, tapi kenapa mudah benar aku mengikut tanpa berfikir lanjut tentang kesan baik dan buruknya

Musuhku Kuffar Serta Konco-konconya....aku sudah tahu, tapi kenapa mudah benar mereka mengeksploitasi diriku untuk mengikut telunjuk mereka

Mahu dikata kawan-kawan, adik-beradik, saudara mara, ibu bapa, sepupu, masyarakat atau siapa-siapa pun tak boleh juga....aku boleh menolak ajakan mereka jika mereka mengajak ke arah kejahatan serta boleh menerima jika ke arah kebaikan tapi yang sebaliknya yang berlaku, aku lebih cenderung ke arah keburukan....

Aku punya akal fikiran untuk membezakan yang baik serta buruk, juga punya panduan melalui Al-Quran dan As Sunnah, tapi apa yang berlaku??? teruk sungguh aku ini sebagai khalifah dimuka bumi ini...

Habis tu siapa yang bersalah???

Cari punya cari, melihat sahaja pada cermin, rupa-rupanya....

Akulah Musuh Itu !!!!


P/S : Ingatlah diakhirat nanti Allah SWT tidak akan menerima sebarang alasan yang mengatakan perkara-perkara atau orang-orang lain bersalah diatas dosa yang dibuat oleh kita semua, wallahua'lam.











Sunday, October 3, 2010

NILAI SEBUTIR NASI, JANGAN MEMBAZIR....


Nilai sebutir nasi

Orang tua berkata jangan buang nasi kerana nasi yang terbuang tu menangis. Sebenarnya kata-kata ini menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi. Orang kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi. Bukan hanya sebutir nasi malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh tangan. Malah ramai yang membuang bukan sebutir sepinggan dan mungkin seperiuk pun ada kerana tak habis makan.
Bayangkan jika setiap orang di Malaysia membuang hanya 3 butir nasi sekali makan. Rakyat Malaysia pada Jun 2010 ialah 28.9 juta orang menurut Utusan Malaysia.
Jika setiap kali seorang membuang setiap kali makan cuma 3 butir nasi, sudah menjadi 86.7 juta butir nasi. Ini paling sedikit, benarkah orang kita hanya membuang 3 butir nasi setiap kali makan?
Bayangkan dalam 1 kg beras mengandungi 50,000 butir beras. Jadi dalam 86 700 000 butir nasi di bahagi dengan 50, 000 sudah menjadi 1734 kilo beras terbuang sehari!
1 kilo beras boleh cukup untuk makan seramai 10 orang, maka 1734 kilo beras boleh memberi makan kepada :
1734 X 10 = 17,340 orang.
Ini untuk sekali makan, kebiasaan orang kita makan nasi 2 kali sehari, bayangkan…Sehari boleh menyuap untuk 34,680 orang bagaimana kalau sebulan? Bagaimana kalau setahun?
Mereka yang memerlukan,
Jangan buang nasi
Oleh itu janganlah membazir walau pun sebutir nasi. Sebutir nasi sejuta keringat. Jangan membuang walaupun sebutir nasi! Mungkin ini antara hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan supaya sebutir nasi pun tidak membazir.


Sumber : www.isuhangat.net

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !