JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Monday, October 25, 2010

KFC Bakal Milik Syarikat Malaysia ???

Tan Sri Ali Hashim 

Entri kali ini sepatutnya ditulis kelmarin tapi sebab tak sempat maka ditulis hari ini. Kali ini aku mahu menulis tentang Tan Sri Ali Hashim iaitu salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, tapi kenapa aku mahu menulisnya????

Jawapannya kerana beliau adalah pemilik KFC Holdings yang menguruskan francais KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat induknya iaitu JCORP, juga melalui apa yang diberitahu oleh ayah aku yang menghadiri forum yang dianjurkan oleh NGO iaitu HALUAN yang mana beliau adalah salah seorang panelis. Beliau mempunyai wawasan untuk memajukan ekonomi umat islam yang sekian lama terkebelakang dalam bidang perniagaan. Selain itu aku juga ingin memohon maaf atas entri tentang KFC sebelum ini yang mungkin menyinggung perasaan orang-orang seperti beliau yang ikhlas untuk membantu islam, di mana melalui maklumat yang didapati dari forum tersebut diberitahu bahawa terdapat usaha dari beliau untuk memiliki KFC sepenuhnya dari syarikat induknya di USA yang mengalami masalah kewangan akibat krisis ekonomi dunia yang berlaku tak lama dulu.

Jadi, kenapa KFC??? ini kerana KFC itu sendiri sudah terkenal diseluruh dunia seperti mcdonald, nestle dan banyak lagi lagi syarikat-syarikat lain, jadi tidak perlu lagi kos pengiklanan yang banyak serta mampu mengurangkan kos.  Selain itu mampu disajikan pula makanan halal kerana orang atasnya adalah islam. Memanglah pengasas KFC bukanlah seorang islam tapi syarikat boleh dimiliki oleh siapa saja yang berduit untuk menguasai saham terbesar lalu menjadi pemilik syarikat, tapi yang penting pemiliknya orang islam, insyaAllah....


Maklumat Lanjut :






2 comments:

  1. wow..malaysia nk amek alih kfc..
    hehe

    ReplyDelete
  2. tergamam sekejap baca entry nih..harap2 KFC dapat di miliki org islam...

    ReplyDelete

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !