JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Friday, November 5, 2010

Perihal Galas, Batu Sapi dan Banjir Di Utara Semenanjung

Di pagi hari jumaat yang mulia ini sungguh nyaman dan segar, tapi panas dengan pilihanraya kecil di DUN Galas dan Batu Sapi yang kedua-dua DUN dimenangi oleh calon BN dengan majoriti yang agak banyak berbanding lawan masing-masing. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada yang menang, diharap mereka memikul amanah yang diberi rakyat di DUN masing-masing dengan baik dan tidak tunggu dekat pilihanraya saja jadi baik tapi lepas menang batang hidung pun tak nampak lagi. Yang kalah pula perlu berusaha lagi untuk memenangi hati rakyat d situ, sebolehnya bermuhasabah tentng apa yang berlaku dan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Untuk maklumat lanjut : http://www.malaysiakini.com/news/147365

Di utara semenanjung pula berlaku banjir yang buruk, dimana sehingga kini menyebabkan beribu orang hilang tempat tinggal serta beberapa orang meninggal dunia kerana banjir di sekitar Kedah dan Perlis, berita selanjutnya:http://mstar.com.my/berita/cerita.aspfile=/2010/11/2/mstar_berita/20101102184719&sec=mstar_berita. Lantas, kenapakah bencana alam ini berlaku??? sebab yang selalu dibuat ialah kerana kecuaian dan keegoan manusia itu, manusia??? saya bersetuju kerana manusia diberi amanah oleh Allah untuk menjaga alam ini dengan baik, tapi sehingga entri ini ditulis saya sering melihat bukit-bukit ditarah lalu diambil tanahnya untuk tujuan pembangunan, begitu juga ditempat-tempat tadahan hujan dimana pokok-pokok disitu ditebang untuk tujuan tertentu dan banyak lagi. Manusia jadi terlalu tamak sehingga tidak mempedulikan alam sekitar, manusia tidak peduli, mereka hanya nampak duit, lalu berapa lamakah lagi dunia ini akan bertahan sehingga menemui penghujungnya??? sama-sama fikirkan & cuba untuk beribadah sebaik mungkin....


Pic Dari Google





No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !