JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, November 4, 2010

ISU-ISU DALAM BERBLOGGING...


Duduk sekejap dalam arena blog ini, saya ada terfikir beberapa isu berkenaan blog :

1) Pemilihan jenis blog, sama ada wordpress, blogger ini atau jenis blog yang lain (jika ada yang lain sila nyatakan)

2) Jenis blog pula dipilih berdasarkan widget serta kelebihan tersendiri, mungkin salah satunya dari sudut html juga pemilihan template, posting dan lain-lain.

3) Memilih perkara atau subjek yang ingin diketengahkan dalam blog, dengan kata lain blog yang dibuat mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Contohnya berkenaan perniagaan.

4) Untuk menaikkan trafik ke blog yang sekaligus dapat menaikkan ranking blog di enjin-enjin carian seperti google, yahoo dan sebagainya. Cuma anda kena pilih secara manual iaitu bergerak sendiri dari satu blog ke blog yang lain atau secara auto iaitu dengan menggunakan perisian yang khas untuk ke blog-blog lain tanpa perlu bersusah payah untuk bergerak, cuma keduan-duanya mempunyai keburukan dan kebaikan yang tersendiri, anda fikirlah sendiri dan buat keputusan yang terbaik atau pun mungkin  mempunyai strategi yang lain ....

5) Mencantikkan dan menambah lagu di blog, perlu ke??? jika tidak menyusahkan orang lain menunggu loading page yang lama maka dibolehkan, tapi kena pula yang internet lambat memang menyusahkan dan boleh membuatkan trafik jatuh. Maka perlulah dicari cara untuk mempercepatkan loading page juga.

6) Kedudukan setiap widget, tentukan widget yang penting duduk diatas selepas itu disusuli yang kurang penting kebawah. Contoh yang utama ialah kotak chat, sebab biasanya untuk memaklumkan tentang sesuatu perkara kepada tuan blog.

7) Memilih kotak chat antara shoutmix atau cbox atau pakai kedua-duanya sendiri. Kedua-duanya juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

8) Memilih ruangan iklan, yang ini memang banyak, macam nuffnang, advertlets, bidvertiser, innity dan sebagainya. Macam biasa, pilihlah yang terbaik untuk diri anda.

9) Mungkin yang ke-9 ini yang juga yang terakhir adalah isu yang penting, apakah matlamat sebenar (matlamat yang perlu ada setiap masa) kita mempunyai blog, adakah sekadar untuk menaikkan trafik sehingga berjalan di blog lain pun tuan blog itu tak kenal kita atau berjalan sendiri tapi sekadar untuk menaikkan trafik (dengan kata lain untuk mendapatkan trafik tertinggi di enjin-enjin carian atau pun untuk mendapatkan keuntungan dari iklan...), serta untuk berblogging perlukan kejujuran, lebih terbaik ialah apabila sesuatu blog itu seimbang antara dunia dan akhirat (terutama bagi bagi orang islam).....saya pun masih berusaha lagi untuk mencapai keseimbangan itu dalam kehidupan ini serta didalam berblogging, insyaAllah marilah kita sama-sama berusaha...

Kesimpulannya, trafik juga perlu apabila mempunyai blog tapi jangan terlalu mengejar trafik sehingga menyebabkan kemurkaan-NYA, ringkasnya jangan mengejar dunia sehingga terlupa kepada akhirat...satu pesanan untuk diri ini dan semua....

*ada terbaca artiel in, salah satu cara tingkatkan trafik ke blog anda : http://www.klurbanite.com/penting-sangat-ke-keyword-dan-seo-ni/, mari menambah ilmu.






1 comment:

  1. Betul tu zack.. Keyword dan Seo amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah blog.. Saya sokong yang itu..

    Keseimbangan dalam blog juga amat penting..
    Ini amat penting bagi umat Islam.. =)

    ReplyDelete

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !