JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Thursday, October 14, 2010

Sikit Pun OK Laa....


Sebenarnya takkan siap sampai bila-bila pun penambahbaikan blog ini, sebab biasalah manusia mana pernah puas dengan benda yang sedia ada, contohnya komputer sudah canggih tapi tiba-tiba keluar yang lagi canggih, berebut-rebutlah manusia-manusia yang berduit untuk membeli komputer itu.

Begitu juga ada manusia yang bekerja sehari suntuk untuk memuaskan hati manusia yang lain, begitu juga sebaliknya. Senang kata, manusia saling memerlukan antara satu sama lain, setiap dari manusia mempunyai kebolehan yang berlainan, lebih tepat lagi ada manusia yang tak memiliki kebolehan itu lalu memerlukan bantuan manusia lain. Lalu kebolehan itu perlu diaplikasikan untuk membantu manusia lain tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Tapi lumrah manusia, kadang-kadang ada yang tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat dari Tuhan dan yang tak dapat pula merungut dengan tidak menyedari bahawa itu adalah kehendak Tuhan. Memang tepatlah maksud 'insan' dalam bahasa arab yang bermaksud pelupa (seperti yang aku pernah dengar dari satu ceramah, jika silap tolong betulkan ya), manusia mudah lupa dengan nikmat Tuhan mereka, dalam ertikata tak bersyukur, aku pun kadangkala terbabas juga, jadi sama-samalah kita berpesan dengan kebenaran...wassalam...


2 comments:

  1. betul tu cik zakir.. bersyukurlah dengan apa yang ada.. kalau ada lebih tu alhamdulillah la kan...

    ReplyDelete
  2. ya btol tu, syukur la ngan apa yg ada, xsah dok hrp yg xdak @ yg x pasti :)

    ReplyDelete

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !