JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Wednesday, October 13, 2010

Bangun Pagi....

Anda bangun bila matahari sudah terbit atau belum??? itulah persoalannya dan bila sudah bangun tu, apa yang anda fikirkan terlebih dulu??? mengikut statistik tak rasmi aku (seperti yang pernah dialami juga), mestilah yang masih bersekolah teringatkan gurunya, yang bekerja teringatkan bosnya ditempat kerja marah sebab takut lewat nnati kena potong gaji, yang di IPTA @ IPTS teringatkan pensyarahnya dan sebagainya. Tapi tahukah anda apa yang perlu anda ingat setiap kali bangun pagi??? jika kita sebagai islam mestilah ingatkan tuhan kita dahulu iaitu Allah SWT,bersyukur kepada-NYA kerana masih membangunkan kita untuk menempuhi hari yang baru pula, bagaiman cara untuk bersyukur ni??? tak lain tak bukan dengan mengerjakan suruhan-NYA & meninggalkan larangan-NYA, sudah tentulah tak lain tak bukan solat subuh (lepas subuh pula tak digalakkan tidur sebab ianya mewarisi kepapaan...).

Solat subuh ini juga banyak kebaikannya berbanding solat fardhu yang lain (jika dilakukan pada awal waktu & penuh khusyuk la...), islam meletakkan solat subuh sebagai penilaian kepada ibadah yang lain, elok solat subuhnya maka eloklah ibadah-ibadah yang lain..

Dikatakan orang-orang yahudi akan mula gerun pada orang-orang islam apabila solat subuh itu jemaahnya sama ramai dengan jemaah solat jumaat..sekian, wassalam.
 http://www.e-solat.gov.my


Moralnya : solat itu tiang agama (terutama yang fardhu)

2 comments:

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !