JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Saturday, July 31, 2010

Khalifah Yang Amanah...

Pada satu malam, sedang sayidina Umar Bin Abdul Aziz menguruskan kerja-kerja pentadbiran negara, seseorang telah mengetuk pintu biliknya. Rupanya orang itu adalah anaknya, lalu bertanya khalifah Umar kepada anaknya atas apa tujuan dia berada di situ iaitu sama ada tentang urusan keluarga atau peribadi.

Lalu anaknya mengatakan untuk berbincang tentang keluarga. Sebelum sayidina Umar menjawab, beliau dengan tiba-tiba memadamkan api pelita yang menerangi biliknya itu. Anaknya bertanya kenapa di padam api pelita tersebut, lalu sayidina Umar menjawab " Minyak pelita ini adalah dari wang negara, sedangkan yang akan dibincangkan nanti adalah hal keluarga kita. Ayah tak mahu gunakan hak rakyat untuk kepentingan keluarga. Apakah yang akan ayah jawab sekiranya ditanya oleh Allah di Padang Mahsyar kelak" . Begitu tinggi sekali sikap amanah dalam diri beliau terhadap hak rakyatnya walaupun itu hanya pelita, bagaimana dengan pemimpin yang menggunakan hak rakyat sewenang-wenangnya??? ingatlah amanah sebagai pemimpin amat besar...

No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !