JOM MASUK !!!

TRaNSLaTiNG MY BLoG

Monday, July 12, 2010

Berakhir Piala Dunia, Ramadhan Makin Menghampiri...

Dengan kejayaan Spain menundukkan belanda 1-0 dalam final awal pagi tadi bermakna berakhirlah sudah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh ramai manusia iaitu bersengkang mata di awal pagi untuk menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing beraksi (termasuklah diri ini hehe), tp apa yang kebanyakan kita dapat dari piala dunia ini???? masuk kerja lewat bagi yang kerja (kerja pun dalam keadan tak bermaya sebab mengantuk sangat2), kalau yang bercuti bangun pun matahari tegak diatas kepala, bagi pelajar pulak masuk kelas lewat (tak dapat fokus dalam kelas la jawabnya). Tapi yang paling utama ialah ada juga yang terlepas solat subuh..ish ish..macam mana la jika nyawa hilang waktu kita tak solat hmmm, satu lagi berkaitan dengan solat malam (macam solat sunat tahajud, taubat dll) yang ramai orang pertikaikan kenapa hari2 boleh bangun tengok bola awal pagi sedangkan nak bangun solat malam sekali pun susah (iktibar untuk diri ini jugak...hmmm), perlu diingatkan bahawa solat subuh dan solat malam adalah pengukur sebenar iman seseorang sebab kita faham2 sendiri la waktu pagi tu, fuhh punya la sejuk, nyaman dan dingin, kena pulak hujan hmmm lagi sedap la tidur jawabnya. Apa-apa sekalipun, ramadhan yang bakal menjelma ini kita jadikan satu platform untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik daripada hari ini untuk masa-masa akan datang....wassalam....


No comments:

Post a Comment

Busuk Yang Terbaik !

Support 4 Nuffnang & M4P

Yang Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICKBANK : JUST CLICK IT !